Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PKR MASIH MENGHARAP "SORGA" DARI PAS!!!

SEMUT HITAM
PKR MASIH MENGHARAP "SORGA" DARI PAS!!!
Hahaha!!! Haduh!!! Sakit perut betul tengok gelagat Si Wan Azizah dan puak - puak Parti Keluarga Rosak ni. Lama - lama kalau macam ni, boleh pecah perut dibuatnya. Sesuai masuk Maharaja Lawak.

Dalam kesombongan dan keegoan yang ditonjolkan oleh puak - puak PKR tu sebelum ini, akhirnya Si Wan Azizah tu selaku Presiden juga yang bertindak memalukan parti tersebut secara terang - terangan.

Jika sebelum ini, puak - puak PKR tu ditanya oleh Si Ambiga, kenapa PAS tidak dijemput untuk menghadiri perundingan Meja Bulat bagi membincangkan pembentukan Pakatan Haprak tu.

Kata Si Rafizi, mereka tidak menjemput PAS kerana berdasarkan kepada prinsip yang kemudiannya dipertikaikan oleh Si Ambiga tu sewaktu perundingan Meja Bulat tu diadakan.


IRONIKnya, Si Wan Azizah mendakwa, pihak dia ada membuat jemputan kepada PAS. Cuma PAS yang menolak dan hanya sekadar mengucapkan terima kasih diatas jemputan tersebut.

Tapi, PAS pulak buat dakwaan yang puak - puak PKR tu takde pulak memaklumkan mengenai jemputan ke rundingan Meja Bulat tu secara terperinci sewaktu pertemuan mereka pada 15 September yang lalu.


Mungkin 'Songeh' dengan pendedahan terbuka yang dibuat oleh PAS membuatkan Si Wan Azizah tu terpaksa membuat rayuan kepada PAS dan mengharapkan parti tu menyertai Pakatan Haprak tu.
"Kita berharap Pas akan menyertai pakatan baharu (Pakatan Harapan) bersama-sama dengan DAP atas dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri korban Wanita PKR Cabang Permatang Pauh di Dataran Guar Perahu di sini hari ini.
Jika dilihat dari sudut mana sekali pun, nampak sangat kenyataan yang dibuat oleh Si Wan Azizah tu terlalu terdesak sangat sehingga terpaksa merayu kepada PAS untuk meraih sokongan dari mereka.

Dalam erti kata lainnya, itu membuktikan bahawa puak - puak PKR tu takde sokongan yang kuat diperingkat akar umbi. Tapi, semua tu hanya sekadar untuk memenuhi kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je. Bukannya untuk menjaga kebajikan rakyat sangat pun!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.