Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[ELOK LAH TU, RAMAI LAGI ORANG ALIM] Mat Sabu dihalang sampai khutbah Aidiladha

CELAH GELEGAR
[ELOK LAH TU, RAMAI LAGI ORANG ALIM] Mat Sabu dihalang sampai khutbah Aidiladha

24 SEPT: Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dihalang menyampaikan khutbah sempena Hari Raya Aidiladha, di Surau Tuan Guru Haji Md Rejab di Beseri, Perlis, hari ini.

Arahan itu dikeluarkan Ketua Polis Perlis, SAC Shafie Ismail melalui sepucuk surat bertarikh 23 September yang dihantar kepada pengerusi surau berkenaan, Abd Rahman Md Rejab.

surat 

Menurut surat itu, Shafie meminta Abd Rahman tidak membenarkan Mat Sabu menyampaikan khutbah, atas faktor keselamatan yang tidak perlu dinyatakan.

Pihak surau bagaimanapun akur dengan arahan berkenaan dan Mat Sabu tidak dapat menyampaikan khutbah yang menjadi kelazimannya, apabila pulang ke kampung mertuanya di Perlis, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha.


Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Santan, Zolkharnain Abidin kemudiannya menggantikan Mat Sabu, dengan menyampaikan khutbah pendek.


matsabu-600x360 

Selepas khutbah itu selesai, Mat Sabu tetap tampil ke hadapan, namun bukan untuk berkhutbah, sebaliknya sekadar menyampaikan ceramah umum.

Turut hadir di ceramah berkenaan adalah Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.