Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KEMATIAN JEMAAH MALAYSIA BUKAN SEBAB REMPUHAN!!!

SEMUT HITAM
KEMATIAN JEMAAH MALAYSIA BUKAN SEBAB REMPUHAN!!!
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menafikan dakwaan mengenai seorang jemaah Malaysia, Siti Haryati Shaikh Ali, terkorban dalam insiden rempuhan di Mina pada Khamis, yang tersebar sehingga menjadi viral di media sosial.

Beliau pada sidang media susulan mengenai perkembangan berkaitan berkata, sebaliknya jemaah berkenaan meninggal dunia akibat sesak nafas.
"Allahyarhamah Siti Haryati Shaikh Ali, seorang pensyarah UiTM (Universiti Teknologi Mara), Terengganu telah meninggal dunia kerana sesak nafas, tidak ada kaitan dengan rempuhan tersebut," katanya pada sidang media, malam Khamis.
Pada sidang media yang sama, beliau turut mengesahkan tiada jemaah Malaysia yang terlibat dalam insiden rempuhan di Mina itu selepas semakan dibuat oleh Tabung Haji (TH).

Asyraf berkata, setakat ini seramai 16 jemaah Malaysia yang meninggal dunia, termasuk tujuh yang terkorban dalam insiden kren tumbang di Masjidil Haram pada 11 September lalu.
"Yang lain meninggal dunia akibat serangan jantung dan sesak nafas. Jadi, saya nak tutup segala cerita di media sosial yang mengaitkan kematian Allahyarhamah Siti Haryati dengan kejadian rempuhan di Mina, yang tidak ada kaitan dengan jemaah haji Malaysia," katanya.
Ekoran dari kenyataan itu, semua pihak diminta agar berhenti dari menyebarkan bahan fitnah didalam laman media sosial bagi mengelakkan dari tercetusnya kekeliruan. Fikir la guna kepala otak, jangan main sebut je guna kepala lutut!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.