Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[ISU PENDATANG TANPA IZIN TIADA KESUDAHAN] Indonesia MAHU KENAIKAN GAJI pekerja yang dihantar ke Malaysia

CELAH GELEGAR
[ISU PENDATANG TANPA IZIN TIADA KESUDAHAN] Indonesia MAHU KENAIKAN GAJI pekerja yang dihantar ke Malaysia

JAKARTA, Sabtu – Isu kenaikan gaji untuk pekerja Indonesia merupakan antara isu yang akan dibangkitkan sewaktu pertemuan wakil kedua-dua negara di Kuala Lumpur, bulan depan, bagi membincangkan isu berkaitan penghantaran tenaga kerja Indonesia ke Malaysia.

Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Muhammad Hanif Dhakiri berkata perbincangan di Kuala Lumpur itu akan mencari penyelesaian bagi proses penempatan pekerja yang masuk secara sah di Malaysia.

“Pada asasnya kita hanya mahu menghantar pekerja yang sah dan Malaysia juga hanya mahu menerima pekerja yang sah,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini.

Muhammad Hanif berkata proses penempatan pekerja Indonesia di Malaysia memerlukan penyelarasan yang baik antara kerajaan Malaysia dan Indonesia.

Dalam pertemuan dengan Ahmad Zahid itu, beliau turut menyatakan tentang beberapa isu pelaksanaan seperti pasport untuk dipegang oleh pekerja, satu hari cuti dalam seminggu dan cara pembayaran gaji yang lebih mudah.

“Kami ada berbincang berkenaan beberapa masalah. Ada juga beberapa isu remeh di Malaysia yang dibangkitkan pekerja Indonesia di sana seperti masalah pemeriksaan kesihatan, visa dan soal keselamatan,” katanya.

Beliau berkata perbincangan dua hala melibatkan tenaga kerja Indonesia di Malaysia berjalan dengan baik bermula dengan pertemuan Presiden Joko Widodo dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Februari lepas disusuli dengan mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama, Mei lepas.

Ahmad Zahid pada sidang media selepas pertemuan itu berkata sistem tunggal pendaftaran pekerja asing iaitu secara dalam talian akan mula dilaksanakan bulan depan.

“Sudah ada perbincangan untuk pendaftaran pekerja Indonesia melalui hanya satu saluran. Apa yang penting adanya penempatan pekerja secara jelas dan sah, dan bukan menyebabkan keadaan semakin rumit,” kata Muhammad Hanif.

Beliau juga berharap supaya kos penghantaran pekerja ke Malaysia ditanggung sepenuhnya oleh majikan dan tidak dibebankan kepada pekerja. – Bernama

Pekerja asing bawa pulang RM5 bilion sebulan, diulang "SEBULAN" Bukan Setahun

Data pada Disember 2014 menunjukkan lebih RM5 bilion wang negara mengalir keluar setiap bulan berikutan tindakan pekerja asing yang bekerja di Malaysia menghantar wang pendapatan mereka ke negara masing masing.


Kira-kira 6.7 juta pekerja asing di Malaysia menghantar pulang sebanyak RM746 daripada gaji bulanan mereka kepada ahli keluarga di negara asal.

“Wang sebanyak itu jika dibelanjakan di Malaysia boleh merancakkan lagi pembangunan ekonomi negara,” Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib lapor kepada wartawan Kosmo.

“Jika wang RM5 bilion ini terus berada dalam sistem ekonomi negara tentulah lebih baik kerana ia dapat digunakan untuk manfaat rakyat Malaysia secara tidak langsung,” katanya beliau ketika dihubungi oleh Kosmo!

Bilangan pekerja asing telah meningkat dengan mendadak dari setahun ke setahun. Menurut kajian Jabatan Imigresen Malaysia, warga asing di negara Malaysia telah mencecah sebanyak 2,320,034 mengikut rekod pada tahun 2011. Tetapi daripada jumlah tersebut hanya 1,016,908 sahaja yang mempunyai permit perjalanan yang sah dan yang selebihnya merupakan PATI yang tidak mempunyai permit perjalanan yang sah (Jabatan Imegeresen, 2012).

Menyedari wujudnya ruang dan peluang perlakuan rasuah dalam isu kemasukan PATI oleh pihak yang tidak  bertanggungjawab, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM mengambil tindakan menjalankan operasi terhadap kebocoran pintu masuk Negara.

Data tahun 2011 mendapati dianggarkan 1,000 hingga 1,500 orang PATI masuk ke negara ini setiap hari melalui Selangor sahaja.

INI RAKYAT MALAYSIA



 INI PENDATANG ASING



KLANG - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor yang baru, Iskandar Abdul Samad mengakui banyak rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijual kepada warga asing.

Menurut Iskandar, situasi tersebut mengundang rasa tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan kerana tidak dapat membeli rumah yang sepatutnya dijual kepada mereka, bukannya warga asing.

"Kita akan segera lakukan pemeriksaan dan bancian mengenai jumlah rumah PPR di seluruh negeri ini yang telah dijual kepada warga asing dan adakah ia dijual secara sah atau tidak ada perjanjian.

"Contohnya di Pandan, Ampang yang mana ada PPR yang kebanyakan didapati didiami oleh warga asing iaitu lebih 50 peratus," kata- nya kepada Kosmo! di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu rumah PPR yang keba- nyakannya dihuni warga asing termasuk di Pangsapuri Sri Kiambang Serendah, Rawang seperti disiarkan Kosmo!, Khamis lalu.

Ia jauh tersasar daripada matla- mat kerajaan negeri iaitu mereka yang layak tinggal di PPR antaranya ialah pendapatan kurang RM1,000, orang kurang upaya (OKU) dan pekerja kilang yang berkeluarga.



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.