Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Khir Toyo berpindah tempat tidur mulai hari ini

.
Khir Toyo berpindah tempat tidur mulai hari ini
TERKINI

Bekas Menteri Besar Selangor dari tahun 2000 hingga 2008, Khir Toyo yang meminta belasa insan mahkamah untuk melakukan khidmat masyarkat dengan menjadi doktor gigi selama setahun bagi mengelakkan dibawa ke penjara, gagal terhadap rayuannya hari ini menyebabkan beliau mulai berpindah tempat tidur di rumahnya ke penjara Kajang.

Khir Toyo semasa muda.
Khior Toyo hari ini dihantar ke penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjata selama 12 bulan.

Mungkin Khir sudah pun mengetahui nasibnya itu apabila dia telah menyiapkan sebuah coretan agak panjang yang diposkan dalam blognya (www.drkhir.com) kemudian dipetiksiarkan oleh portal berita. Sayu dan sedih juga saya membaca coretan Khir itu yang bersifat apologikal.

Khir memohon maaf kepada rakyat Selangor, rakan-rakan dan juga sanak saudaranya yang ikut tercemar dengan takdir yang berlaku. Khir juga dalam coretan itu cuba menjelaskan bahawa hukuman yang dikenakan ke atasnya sebagai tidak adil?

Katanya pihak pendakwa gagal membuktikan yang beliau melakukan rasuah dengan beberapa alasan. Antara menurutnya, dia membeli rumah bernilai RM3.5 juta dengan pinjaman bank sehingga sekarang dia masih terhutang sebanyak RM2 juta.

Apabila keputusan dibuat dan Khir telah pun menjalani hukuman selepas semua peringkat mahkamah didepani bagi melepaskan dirinya, sesiapa tidak dapat mempertikaikan lagi. Mempersoalkan keputusan mahkamah dianggap contempt of  court. Apa dilalui Khir itu menerusi satu proses perundangan yang menjadi amalan negara ini dimana kerajaanya didokong oleh Khir sendiri.

Hendaknya Khir dapat menerima takdir yang menimpa ke atas dirinya itu. Dan kepada mereka yang lain, para pembesar negeri mengambil iktibar daripada apa yang berlaku. Sesungguhnya apa yang berlaku ke atas Khir, dari konteks Selangor bukan pertama kali.

Allahyarham Harun Idris, bekas MB Selangor pernah meringkuk dalam penjara, juga kerana kes rasuah. Dan tidak mustahil selepas Khir akan ada menteri besar termasuk dari Selangor juga untuk di masa-masa akan datang akan mengikuti "sunnah" Harun Idris dan Khir itu. Nauzubilahiminazalik.

Apa yang berlaku ke atas Khir bukan sahaja menjadi pengajaran kepada Khir, tetapi kepada semua penjawat awam yang lain. Terutama mereka yang memegang kuasa dan berada di atas panggung kekuasaan. Berhati-hati dan jangan sesekali cuba membuat khilaf dengan menggunakan kedudukan anda itu bagi meraih kepentingan diri secara membuak dan melampau.

Tindakan undang-undang senantiasa menanti anda dan sesiapa juga yang melakukan kesalahan. Penjara bagaikan jerat yang tidak pernah melupai pelanduk. Dan kepada pembesar yang cekap, licit dan masih bebas, juga berjaga-jaga dan jangan berseronok sangat. Hari ini anda mungkin lepas esok belum tentu lagi bebas.

Yang pastinya hari ini, di dunia anda lepas sehingga ke hari akhir saat mata anda tertutup, tetapi di akhirat besok anda akan berhadapan dengan segala imbuhan apa yang anda lakukan selama ini. Mirzan "yaumimashar" besok akan menimbang segenap manusia tanpa mengira jawatan, warna kulit ataupun parti politik, kurus atau gemuk.

Dan kepada Khir, yang berjanji akan terus membuat coretan selepas keluar dari penjara kelak, menulislah meluahkan apa yang ada dalam perasaan anda. Katanya kalau hayat masih dikandung badan dia akan terus menulis. Saya menunggu coretan Khir selepas keluar kelak, dan tulisan itu tentu lebih sedap dan menarik lagi kerana ia sarat dengan pengalaman yang bukan boleh dibeli di mana-mana kedai 24 jam atau bebas cukai.

Kepada keluarga Khir diucapkan takziah atas apa yang berlaku dan bersabarlah menghadapi hari-hari dan bulan-bulan selama Khir berada di penjara. Tempoh setahun tidak lama hanya 365 hari sahaja. Pesan untuk Zahrah Kechik, kalau Dr Wan Azizah Wan Ismail boleh menanti selama lima tahun untuk kebebasan suaminya kenapa tidak dengan anda?

Belajar-belajarlah hidup tanpa suami daripada Azizah, mudah-mudahan ada ilmu atau petua yang boleh dibekalkan oleh Presiden PKR itu. Bayarlah kesepian anda mulai malam ini dengan kegembiraan dan keriaan hidup anda selama 50 tahun dahulu bersama Khir khasnya selama lapan tahun semasa suami anda menjadi MB.[wm.kl.4:27 pm 29/9/15]

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.