Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Laporan Sinar Harian : Kegawatan ekonomi akan PULIH jika Najib DISINGKIR

CELAH GELEGAR
Laporan Sinar Harian : Kegawatan ekonomi akan PULIH jika Najib DISINGKIR

Berikut adalah laporan oleh Sinar harian:
 
SHAH ALAM - Kegawatan ekonomi dan penyusutan nilai ringgit hanya akan dapat dipulihkan jika Datuk Seri Najib Razak disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, hanya pengunduran Najib dapat menyelamatkan negara ini. 

"Hanya melalui penamatan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia keadaan ekonomi akan pulih, nilai ringgit kembali naik dan kos sara hidup turun. 

"Hanya selepas penyingkirannya Malaysia kembali gah," katanya dalam blognya, hari ini.‎ 

Beliau turut menggesa rakyat Malaysia terus mendesak Najib diketepikan daripada jawatannya.‎ 

Dr Mahathir juga menggesa rakyat negara ini menuntut Najib membenarkan dirinya disiasat oleh badan bebas. 

"Najib mesti membenarkan proses perundangan diteruskan. Jika didapati dia melakukan perkara haram, dia mesti meletak jawatan," katanya.‎ 

Beliau turut mengakui telah melakukan kesilapan kerana sebelum ini berusaha keras menjadikan Najib sebagai perdana menteri. 

"Saya bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia. Tetapi kini saya mahu dia disingkirkan, berundur daripada menjadi perdana menteri. 

"Ia bukan sebab peribadi, tetapi sebaliknya kerana dia gagal teruk sebagai perdana menteri. Saya sedar awal kesalahan-kesalahan yang dilakukannya," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.