Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[PANGGIL DUTA CHINA] Nazri Aziz kata Timbalan Menteri Luar TAK IKUT PROTOKOL

CELAH GELEGAR
[PANGGIL DUTA CHINA] Nazri Aziz kata Timbalan Menteri Luar TAK IKUT PROTOKOL

Timbalan Menteri Luar Negara Datuk Seri Reezal Naina Merican didakwa tidak mengikut protokol ketika memanggil duta China Huang Huikang.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata untuk memanggil Huang, ia mesti dibuat oleh menteri luar negara selepas berunding dengan perdana menteri.
“Sekarang kedua-dua pihak, perdana menteri dan menteri luar negara berada di luar negara, jadi pemangku menteri luar ialah (Datuk) Hamzah (Zainuddin),” katanya kepadaMalaysiakini.
Nazri berkata perbualannya dengan Hamzah semalam mendapati pemangku menteri luar itu tidak menerima arahan daripada menteri atau perdana menteri untuk memanggil Huang.
“Timbalan menteri tidak boleh panggil duta kerana pemangku menteri ialah Hamzah,” katanya.
“Itulah sebabnya bila saya sahkan dengannya (Hamzah) beliau tidak terima arahan daripada kedua-dua pihak, menteri luar dan perdana menteri (untuk memanggil Huang) yang saya simpulkan tiada keperluan kepada duta itu untuk ke Wisma Putra.”
Nazri bagaimanapun tidak pasti sama ada Reeezal (gambar) membuat silap susulan baru dilantik ke jawatan itu. Tugasannya berkuat kuasa pada 28 Julai selepas rombakan kabinet terbaru.
Sin Chew hari ini melaporkan Hamzah sebagai membatalkan panggilan itu.
Hamzah merupakan timbalan menteri luar sehingga rombakan kabinet Julai lalu, yang mana beliau dilantik sebagai menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan.
Kenyataan Huang semasa melawat Jalan Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini dilihat sebagai campur tangan asing, dan mendapat bantahan banyak pihak.
Sin Chew melaporkan Huang tidak menerima panggilan rasmi daripada Wisma Putra dan Huang tidak akan ke Wisma Putra di Putrajaya hari ini.
Huang dijadualkan untuk menghadiri satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.
Malaysiakini telah menghubungi Reezal dan Hamzah untuk mendapatkan respons mereka. -MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.