Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAS TETAP MAHU 'TEGAKKAN BENANG YANG BASAH'!!!

SEMUT HITAM
PAS TETAP MAHU 'TEGAKKAN BENANG YANG BASAH'!!!
Heh! Nampak gayanya PAS ni masih tak sudah - sudah lagi meroyan tak tentu arah bila puak - puak Pengkhianat parti tu tu mengambil tindakan untuk tidak mengendahkan sumpah Bai'ah yang dibuat.

Sehinggakan Presidennya, Si Hadi Awang‎ tu hari ini terpaksa mengulangi gesaan supaya wakil rakyat parti itu meletakkan jawatan jika menyertai sebarang parti lain termasuk parti pimpinan Si Mat Sabu tu.

Kata dia, tindakan itu perlu kerana semua calon PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas telah melafazkan bai'ah bersumpah, dan mereka akan dilaknati ALLAH SWT jika melanggar bai'ah itu.
"Pas sebagai parti Islam membuat bai'ah dengan ahli jawatankuasa Pas Pusat, para pemimpinnya dan calon-calon pilihan raya dengan sumpah Wallahi, Wabillahi dan Watallahi."Semasa berbai'ah, kita sebut sebagai calon Parti Islam Semalaysia (Pas) dan tidak disebut PKR atau DAP. Ini diucapkan oleh setiap calon sama ada yang menang atau kalah."Parti (Pas) mewajibkan dalam Bai'ah jika dipecat keluar parti, mereka kena letak jawatan sebagai ahli Parlimen atau Adun. Ini disebut dalam bai'ah itu," jelas Abdul Hadi semasa berucap pada program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.2 di Pulau Serai dekat sini.
Hadi Awang juga berkata, gesaannya itu juga merujuk kepada tindakan beberapa wakil rakyat PAS yang menyertai parti baharu yang diterajui bekas Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu tu.

Pada sidang media kemudian, Mustafa mengesahkan tiga pemimpin tertinggi PAS telah mengadakan pertemuan dengan kepemimpinan PKR termasuk Presidennya, Wan Azizah pada Isnin.

Katanya, pertemuan tersebut ialah bagi membincangkan mengenai Tahaluf Siyasi PAS dalam gabungan Pakatan 2.0 walaupun DAPigs telah menolaknya secara terang - terangan sebelum ini.

Dalam pertemuan itu, PAS telah diwakili oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, Takiyuddin Hassan dan Mustafa manakala PKR diwakili beberapa pemimpin tertingginya yang diketuai oleh Wan Azizah.

Namun, pertemuan itu hanya dianggap sia - sia apabila Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat mendakwa PKR bakal meninggalkan parti itu selepas bergabung dengan DAPigs dan parti pimpinan Mat Sabu.

Dalam erti kata lainnya, PKR hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je. Bukannya diorang peduli sangat dengan PAS tu. Jadi, tak payah la PAS nak terhegeh - hegeh dengan PKR macam orang Gila Talak pulak!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.