Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RUPANYA, "KEPALA ANJING" MENYALAK SENDIRI JE!!!

SEMUT HITAM
RUPANYA, "KEPALA ANJING" MENYALAK SENDIRI JE!!!
Pulau Pinang sebelum ini telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan berlaku dua kes yang membabitkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun dan seorang dewasa berusia 44 tahun.

Sehubungan itu, Lim Guan Eng telah mengeluarkan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang memberi kuasa kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil tindakan sewajarnya. 
“Ekoran daripada perintah yang saya keluarkan, semua langkah yang perlu akan diambil untuk menghapuskan anjing liar,” katanya kepada pemberita semalam.
Ekoran itu, page rasmi CM Lim Guan Eng telah berkongsi bualan Whatsapp di antara Ketua Menteri itu dengan seorang individu mengenai sebab tindakan membunuh hampir 40 ribu anjing di negeri itu. 

Tindakan admin page yang berniat memberi penjelasan mengapa tindakan tersebut diambil sebaliknya bertukar kepada medan untuk menghentam Guan Eng.

Kita ingatkan, bila Guan Eng buat tindakan tersebut, ianya sudah pasti akan disokong oleh semua pihak tanpa sebarang banyak persoalan dari kalangan rakyat.

Tapi ternyata, tindakan tersebut mendapat respon negatif apabila sebilangan besar dari penduduk mendakwa tindakan Guan Eng tu terlampau kejam terhadap haiwan.

Kes anjing gila atau ‘rabies’ mula dikesan selepas seorang lelaki digigit anjing di Pokok Sena, Seberang Perai Utara pada 8 September lalu dengan kes kedua dilapor pada 15 September di Taman Nelayan, Kuala Sungai Pinang, Daerah Barat Daya berikutan seorang kanak-kanak turut digigit anjing.

Guan Eng berkata, kerajaan negeri bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar,  Jabatan Kesihatan dan pihak berkuasa tempatan turut menubuhkan Jawatankuasa Pengawalan Wabak Rabies untuk memulakan operasi pengawalan dan pembasmian anjing.

PS: Nak uruskan 'Anjing' ni senang je. Ambik batu baling, pegang kayu pukul. Tapi nak uruskan 'Anjing' yang pandai bercakap ni, memang susah sikit!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.