Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PROF. AGUS NI DAH HILANG AKAL KE!!!

SEMUT HITAM
PROF. AGUS NI DAH HILANG AKAL KE!!!
Pakatan Harapan dijangka akan hilang pengundi Melayu khususnya Melayu konservatif sekiranya PAS masih enggan menyertai gabungan pembangkang baru itu.

Menurut penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusof, ada beberapa faktor yang pada padangan beliau akan memburukkan gabungan berkenaan sekiranya tiada penglibatan PAS.
"Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu konservatif. Parti Amanah Negara (Amanah), parti baru yang ditubuhkan tetap boleh mendapat sokongan pengundi Melayu progresif, tetapi tidak sebanyak sekiranya Amanah kekal dalam PAS. Apatah lagi, jika PAS bekerjasama dengan UMNO, maka Pakatan akan kehilangan sokongan pengundi Melayu yang banyak.""Kedua, saya melihat Pakatan Harapan terlalu tergesa-gesa menubuhkan gabungan baru dan ia terlalu eksklusif. Sepatutnya Pakatan Harapan lebih berjiwa besar dengan merundingi terlebih dahulu kemasukan gabungan parti-parti baru dari Sabah dan Sarawak serta juga tidak meninggalkan PSM", katanya dalam Facebook rasmi beliau.
Malah usaha beberapa pihak untuk tidak menerima PAS dalam pembentukan Pakatan Harapan juga tidak meninggalkan kesan terhadap parti berkenaan yang mempunyai pengundi setia, katanya.
"Bagi saya, untuk melenyapkan PAS dalam arus politik negara adalah mustahil kerana PAS adalah parti yang mempunyai asas ideologi perjuangan yang kukuh. PAS juga mempunyai cukup pengalaman dalam arus politik negara sejak tahun 1951 lagi," ujar pensyarah kanan UKM itu.
Justeru, katanya tindakan dan keputusan PAS untuk bergerak secara bersendirian harus ditimbal balik oleh kepimpinan tertinggi parti itu kerana disifatkan terlampau terburu - buru.

PAS pada Selasa menegaskan tidak akan menyertai Pakatan Harapan yang baru dilancarkan hari ini dan dalam masa sama tidak sesekali akan bekerjasama dengan DAP. Kenyataan itu dibuat Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

PS: Kesimpulannya, Pakatan Harapan tu hanya sekadar nak memperjuangkan Harapan kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri je. Bukannya diorang nak memperjuangkan Harapan rakyat!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.