Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[TERKINI][KEMASKINI] INSIDEN REMPUHAN DI MINA: 453 jemaah haji terkorban, 719 cedera

CELAH GELEGAR
[TERKINI][KEMASKINI] INSIDEN REMPUHAN DI MINA: 453 jemaah haji terkorban, 719 cedera

MINA: Angka kematian dalam insiden rempuhan manusia ketika mengerjakan haji tahun ini telah meningkat ke 453 orang, lapor Jabatan Pertahanan Awam Saudi di akaun rasmi Twitter agensi itu.

Dalam laporan itu turut memberitahu, jumlah umat Islam yang cedera di Mina adalah 719 orang.


Perkhidmatan Pertahanan Awam Saudi berkata, operasi menyelamat sedang dijalankan. 

Ketika kejadian, ratusan ribu jemaah sedang mengerjakan ibadat melontar jamrah sebagai acara utama haji. 


Tabung Haji sedang mengesan, Setakat Ini Tiada Jemaah Malaysia Terlibat

"Kejadian ini berlaku pada 11.30pagi di persimpangan jalan 204-223 dan bukan di kompleks jamrah untuk melontar.

"Insiden ini berlaku di kawasan perkhemahan negara Arab yang terletak jauh dari khemah Malaysia," kata
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu sidang media khas, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang membuat kiraan jemaah haji yang berada di tanah suci.

"Jemaah haji Malaysia ditetapkan melontar pada 5.30pm dan 8.00pm secara berperingkat. Waktu puncak adalah ketika dhuha dan kejadian berlaku pada masa itu. Kita sudah nasihat jemaah untuk tidak lontar luar jadual," katanya.


Dimaklumkan Tabung Haji (TH) sedang memeriksa dan mengira bilangan jemaah haji Malaysia bagi mengetahui sama ada mereka terbabit atau tidak dalam kejadian rempuhan di Mina. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata seramai 200 petugas TH di Makkah kini sedang sibuk mengesan semua jemaah haji negara di sana. 

"Laporan yang dikeluarkan Arab Saudi itu sahih, namun kita masih belum menerima sebarang maklumat mengenai mangsa yang terbabit dalam insiden berkenaan. 

"Petugas TH sudah diarahkan untuk memantau dan mengesan semua jemaah Malaysia kerana kita tidak tahu situasi sebenar di sana (Mina)," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. 

Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat TH, Anis Zuhani Ahmad, berkata TH akan mengadakan sidang media di Makkah dalam tempoh terdekat berhubung kejadian itu. 


Kakitangan Malaysia di MMMSL Selamat
 
Berita Harian turut memaklumkan bahawa tiada kakitangan Malaysia yang berkhidmat dengan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Makkah Metro Southern Line (MMMSL) terbabit dalam insiden rempuhan di Mina, yang mengorbankan lebih 300 jemaah haji. 

"Semua kakitangan kami selamat. Bagaimanapun, kita akan memantau dan meningkatkan kawalan di stesen untuk menjamin keselamatan jemaah yang menggunakan perkhidmatan kami", kata Pengarah Projek MMMSL, Khairani Mohamed. 

Seramai 440 rakyat Malaysia, yang kebanyakannya kakitangan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) bertugas dalam operasi MMMSL.

Jalan Menuju Tempat Kejadian Telah Ditutup

Musim haji lazimnya menyaksikan himpunan jutaan umat Islam sedang menunaikan rukun Islam kelima pernah dilanda beberapa insiden sebelum ini termasuk rempuhan, kebakaran dan rusuhan. 

Insiden terakhir terjadi sewaktu musim haji pada 2006, mengorbankan 346 jemaah haji ketika mereka sedang melontar di Jamrah. 

Proses membaikpulih melibatkan kos yang tinggi telah dibelanjakan bagi memastikan keselesaan jemaah haji bermula sejak dua dekad lalu mampu mengurangkan berlakunya insiden yang tidak diingini. 

Jalan 204 merupakan salah satu saluran penting yang menyambungkan lokasi perkhemahan di Mina dan Jamrah, di mana jemaah haji akan melontar dengan menggunakan tiga biji batu ke tiga tiang besar di situ. 

Laporan Reuters dipetik berkata, di beberapa kawasan di Mina sudah mula bingit dengan bunyi siren dan polis. 

Jalan-jalan utama menuju ke kawasan insiden telah ditutup untuk memastikan tiada jemaah haji menempuh laluan itu. 

Gambar-gambar yang dimuat naik di laman Twitter Jabatan Pertahanan Awam Saudi menunjukkan sekumpulan jemaah haji yang cedera dibawa menggunakan papan pengusung dan beberapa pekerja perubatan untuk dibawa masuk ke dalam ambulan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.