Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

'1MDB tidak harus nafi perniagaannya gagal' - Shafie

CELAH GELEGAR
'1MDB tidak harus nafi perniagaannya gagal' - Shafie

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak seharusnya menafikan bahawa aktiviti perniagaannya gagal sehingga memaksa ia menjual aset kerajaan pada harga yang murah.

Beliau berkata, ketiadaan ketelusan dan tadbir urus inilah yang menyebabkan berlakunya krisis keyakinan rakyat terhadap parti dan kerajaan pada ketika ini.

Katanya, mereka yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan dan memohon maaf kepada rakyat.

"1MDB sering menyatakan bahawa aset-aset yang dimiliki syarikat itu melebihi hutang, dan ini bukanlah satu kebimbangan. Kenyataan seperti ini merupakan satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia kerana hutang-hutang berkenaan telah terkumpul kerana jaminan kerajaan dan kedudukan.

"1MDB selaku anak syarikat milik penuh kerajaan. Kegagalan 1MDB untuk membayar hutang berkenaan akan memaksa kerajaan untuk step in dan menanggung hutang ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman rasmi Facebook beliau pada Ahad.

Pada masa sama, Mohd Shafie berkata, beliau menjunjung tinggi titah oleh Majlis Raja-Raja untuk siasatan ke atas 1MDB dipercepatkan dengan telus dan jujur dengan harapan keyakinan rakyat dapat dikembalikan.

Katanya, beliau juga menyokong pendirian Bank Negara Malaysia (BNM) supaya kes pemindahan wang 1MDB ke luar negara disemak semula dan syor BNM diberi pertimbangan secara bebas oleh Jabatan Peguam Negara. -AA

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.