Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[4 GAMBAR][PERJUMPAAN PM DENGAN MP BN BERLANGSUNG SEKARANG] Mesyuarat Ke-3 Dewan Rakyat Mula esok DIJANGKA PANAS

CELAH GELEGAR
[4 GAMBAR][PERJUMPAAN PM DENGAN MP BN BERLANGSUNG SEKARANG] Mesyuarat Ke-3 Dewan Rakyat Mula esok DIJANGKA PANAS

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga sidang Dewan Rakyat ke-13 yang bermula esok dijangka lebih panas dari kebiasaannya.

Ini bukan sahaja disebabkan pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tetapi juga pelbagai isu besar yang berbangkit dalam arena politik negara.

Ia termasuk status penyiasatan ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang bakal diterajui Ahli Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin.

Hasan dipilih untuk menggantikan Datuk Nur Jazlan Mohamed yang telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada rombakan Kabinet Julai lepas.

Selain itu, laporan akhir persempadanan semula bahagian Pilihanraya Negeri Sarawak juga dijangka bakal dibentangkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri juga dilaporkan berkata pembentangan laporan tersebut akan dilaksanakan bagi membolehkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu diwujudkan.

Ini sekali gus menjadikan keseluruhannya 82 kerusi DUN akan dipertandingkan pada PRN Sarawak ke-11 nanti.

Perjumpaan PM dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional Malam ini

Sekarang berlangsung perjumpaan Perdana Menteri, Najib dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional sebagai persiapan menghadapai sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ke-3 yang akan bermula esok.

Dato' Abdul Rahman Dahlan telah memuat naik gambar perjumpaan tersebut sebentar tadi di facebook beliau.

"Setiap kali sesi baru parlimen bersidang, PM akan mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen BN. Malam ini perjumpaan diadakan di Sri Perdana. Esok parlimen akan bersidang bermula esok. Insyallah ahli-ahli BN akan memastikan perjalanan persidangan parlimen berjalan dengan lancar dan teratur." tulis beliau.






0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.