Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[5 GAMBAR] Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin UCAPKAN TAHNIAH kepada TMJ atas Kemenangan Johor Piala AFC

CELAH GELEGAR
[5 GAMBAR] Timbalan Presiden UMNO, TS Muhyiddin UCAPKAN TAHNIAH kepada TMJ atas Kemenangan Johor Piala AFC
Pasukan JDT muncul sebagai pasukan terulung di rantau Asia apabila muncul sebagai juara Piala AFC sebentar tadi.Skuad Harimau Selatan itu menewaskan kelab dari Tajikistan, FC Istiklol dengan keputusan 1-0 di Dushanbe.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin hari ini mengucapkan tahniah kepada TMJ dan pasukan JDT kerana berjaya menjulang kembali martabat bolasepak Johor JOHOR Southern Tigers dan negara.

Tan Sri Muhyiddin telah menonton dan bersama-sama meraikan kemenangan JDT bersama peminat dan orang ramai di Kota Damansara.

 Terdahulu sebelum perlawanan, beliau telah mengucapkan kata-kata semangat iaitu "Selamat maju jaya kepada pasukan bolasepak JDT JOHOR Southern Tigers yang akan menentang FC Istiklol pada perlawanan akhir Piala AFC pada malam ini."

"InsyaAllah malam ini saya akan bersama-sama dengan Bangsa Johor yang menetap di Lembah Klang untuk memberikan sokongan serta menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di 'skrin gergasi' di Restoran Fai & Ruz, Kota Damansara."

"Sama-sama kita doakan kejayaan JDT dalam membawa pulang piala berprestij itu ke bumi Malaysia buat pertama kalinya. Luaskan Kuasamu JDT!" kata beliau.







                       

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.