Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[AMARAN UNTUK NAJIB] Penganalisa Politik: "Singkir Muhyiddin, Umno akan berpecah"

CELAH GELEGAR
[AMARAN UNTUK NAJIB] Penganalisa Politik: "Singkir Muhyiddin, Umno akan berpecah"

Tindakan untuk menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membawa kepada perpecahan parti itu.

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, Muhyiddin mempunyai pengaruh yang kuat dalam parti.

“Ketua bahagian Umno harus menangani dengan baik sekiranya berhasrat untuk singkirkan Muhyiddin. Ini kerana Muhyiddin bukan sahaja mempunyai pengaruh dalam Umno malah turut membawa sentimen Johor.

“Ini akan menyebabkan perpecahan dalaman yang teruk dalam Umno selain akan merumitkan lagi keadaan Umno yang dilihat semakin parah,”
katanya, semalam.

Usaha untuk menyingkirkan Muhyiddin semakin rancak diperkatakan ekoran Timbalan Presiden Umno itu semakin lantang bersuara membidas tindakan Najib.

Terbaru, terdapat khabar angin mengatakan beberapa ketua bahagian Umno sedang melakukan perancangan bagi menyingkirkan Muhyiddin.

Menurut Dr Samsu lagi, adalah lebih baik sebarang usaha untuk singkirkan Muhyiddin tidak dilakukan dan menunggu sehingga pemilihan Umno akan datang.

“Penyingkiran Muhyiddin adalah perkara yang perlu dielakkan. Seeloknya perkara ini diselesaikan secara baik dengan Muhyiddin. Mungkin Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh bersemuka dengan Muhyiddin.

“Saya percaya ahli Umno juga tidak mahu melihat perpecahan yang lebih teruk dalam parti,”
katanya.

Namun, beliau berkata, berdasarkan perlembagaan parti, penyingkiran Muhyiddin boleh berlaku sekiranya jawatankuasa tata tertib menerima laporan daripada mana-mana ahli termasuk ketua bahagian.

“Namun laporan itu perlu berdasarkan kesalahan kukuh yang telah dilakukan Muhyiddin. Mungkin juga sehingga memberikan kesan teruk kepada parti.

“Dan terpulang kepada jawatankuasa untuk menjatuhkan bentuk hukuman,” katanya.

Sah wujud gerakan singkir Muhyiddin

Sinar Harian sebelum ini melaporkan bahawa Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Mohd Yunus telah mengesahkan wujud gerakan menyingkirkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kelompok gunting dalam lipatan dalam Umno.

Beliau tegas menyatakan lebih 100 ketua bahagian Umno seluruh negara mengadakan perbincangan tertutup sebagai usaha menyingkir Muhyiddin dan kumpulannya dari parti itu.

“Pendapat peribadi saya, Tan Sri Muhyiddin perlu dipecat dan sekarang kita (Umno) dalam usaha mengumpul senarai nama ketua bahagian untuk menyokong penyingkiran berkenaan.“Kalau saya di tempat Perdana Menteri dah lama saya pecat beliau (Muhyiddin) bukan setakat sebagai Timbalan Presiden Umno malah ahli Umno,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menyifatkan pendekatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terlalu berlemah-lembut  dan tidak sampai hati telah menyebabkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu agresif menentang pentadbirannya.‎

Jamal bagaimanapun tidak menyangka gerakan senyap ketua Umno bahagian ini telah pecah kepada media.

“Saya sudah lama mendesak Muhyiddin untuk dipecat daripada kerajaan mahupun parti.“Lihat sekarang gelagat beliau, sebab itu kita cuba kumpul sokongan untuk keluarkan Muhyiddin daripada parti dan posisi itu diganti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hulu Langat, Datuk Johan Abdul Aziz hanya menyarankan agar pucuk pimpinan Umno mengambil tindakan disiplin terhadap Muhyiddin berdasarkan kepada tindak tanduk beliau sejak kebelakangan ini.

Difahamkan, beberapa laman sosial telah diviralkan mengenai kempen ini yang dikatakan dilakukan melalui aplikasi Telegram.

Laman sosial Johor Bangkit, misalnya telah mendakwa terdapat 140 ketua bahagian bersetuju untuk melakukan tindakan menyingkir bekas Timbalan Perdana Menteri itu termasuk mendapat lima sokongan di Johor, sementara dua lagi tidak melayan kempen berkenaan.

Dalam kenyataan laman sosial itu turut mendakwa punca mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 Oktober ini terpaksa dibatalkan untuk membolehkan mereka mempunyai masa kumpulkan nama ketua-ketua bahagian yang lebih banyak bagi menjayakan komplot tersebut. -SH

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.