Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ampun Tunku, baru-baru ini Tunku TELAH MEWARNA RAMBUT, Mengapa Tunku melakukannya.

CELAH GELEGAR
Ampun Tunku, baru-baru ini Tunku TELAH MEWARNA RAMBUT, Mengapa Tunku melakukannya.

Wartawan: Ampun Tunku, baru-baru ini Tunku telah mewarnakan rambut, dan ini menimbulkan pelbagai reaksi dan komen. Mengapa Tunku melakukannya.

TMJ: Saya melakukannya untuk suka-suka sahaja, rambut saya pun. Sekiranya esok saya mewarnakannya biru atau merah, ataupun mencukurnya terus, itu urusan saya. Lagipun bukannya ia akan kekal begini, tak lama lagi hitam semula, jadi saya tak kisah apa kata orang. Hanya Tuhan sahaja yang berhak menghakimi saya.

Wartawan: Adakah terdapat apa-apa yang Tunku ingin sampaikan kepada segelintir mereka yang negatif tersebut?

TMJ: Ayahanda saya selalu berpesan, urusan yang paling baik adalah menjaga urusan sendiri. 

Dahulu saya selalu terasa hati apabila orang mengatakan perkara negatif berkenaan saya, tetapi kini saya tidak mempedulikannya. 

Biar saya kongsikan kepada anda satu cerita. 

Suatu hari, pihak PDRM telah menunjukkan saya gambar dua orang individu yang ditahan kerana memfitnah dan memburukkan saya dan keluarga saya. 

Setelah melihat rupa "keyboard warrior" tersebut, saya tidak marah lagi kerana saya sedar mengapa mereka begini dan seolah olah mereka ini tiada kerja lain. 

Saya tidak menyalahkan mereka, kerana kalau saya ada wajah sebegitu, tentu saya pun akan bencikan seluruh dunia. 

Apapun, saya doakan agar Allah S.W.T sentiasa merahmati mereka.

Wartawan: Menjunjung kasih, Tunku.

TMJ: Sama-sama.

---------------------------
Journalist- Tuanku, recently you dyed your hair and you've received mixed reactions and comments about it. Why did you do it? 

TMJ- It's my hair. I just did it for fun. If tomorrow I choose to colour it blue or red or shave my head that's my business. Plus its not going to be like this forever. Its going to be black again soon, so I don't care what people have to say. Only God can judge me.

Journalist- Is there anything you want to say to the handful of negative people? 

TMJ-. My father used to say, the best business in the world is to mind your own business. I used to get upset when people say negative things about me, but now I'm not bothered. I'll share with you a short story. One day, the PDRM showed me a picture of 2 individuals they reprimanded for slandering my family and I. After I saw how these keyboard warriors looked like, I never got upset anymore as now I understand why these people have nothing better to do. I don't blame them. No offence, but if I have a face like that, I will hate the whole world too.

Anyways, I will pray that they will always be blessed by Allah S.W.T. 

Journalist- Thanks Tunku. 

TMJ- My pleasure.

Sumber:  FB JOHOR Southern Tigers

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.