Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AZMIN KECUT DIDAKWA DALANG KOMPLOT!!!

SEMUT HITAM
AZMIN KECUT DIDAKWA DALANG KOMPLOT!!!
Tuduhan wujudnya komplot untuk menggulingkan presiden PKR, Wan Azizah jelas berniat jahat, kata timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata dakwaan tersebut juga merupakan fitnah semata-mata yang cuba disebarkan oleh individu yang telah bankrap.

“Apa sahaja perkara yang kita bincang dalam parti tidak perlu kita dedahkan pada media dan tuduhan ini adalah berniat jahat serta merupakan fitnah oleh individu yang telah bankrap,” katanya kepada pemberita.

Menteri Besar Selangor itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

Badrul, atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yang mendakwa wujud kumpulan pemimpin kanan PKR bertujuan menggulingkan Dr. Wan Azizah.

Chegubard, menerusi laman blognya, chegubard.blogspot.my, semalam turut mendakwa kumpulan terbabit dipercayai didalangi beberapa pemimpin kanan parti yang kurang senang dengan tindakan Dr. Wan Azizah mengumumkan penyertaan PKR dalam pakatan baharu pembangkang pada 22 Sept lepas.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.