Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[WIRA NEGARA KAH?] KATA PEDANG:Najib tunjuk contoh tidak baik berdepan musuh Islam nombor 1

CELAH GELEGAR
[WIRA NEGARA KAH?] KATA PEDANG:Najib tunjuk contoh tidak baik berdepan musuh Islam nombor 1

MASJID Al-Aqsa dicemari oleh keganasan polis Zionis Israel baru-baru ini. Wanita, kanak-kanak dan orang dewasa menjadi mangsa.
 
Rakyat Malaysia mengikuti rapat segala perkembangan yang berlaku di sana. Baru sahaja ribuan umat Islam berhimpun menyatakan bantahan terhadap Israel pada Jumaat lepas.

Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net) sendiri berhempas pulas menyiarkan berita berkaitan Palestin pada setiap hari.


najib masuk gaza
Najib bersama Ismail Haniyah ketika melawat Gaza pada Januari 2013.

Cinta dan doa kita untuk saudara seakidah tidak pernah luput daripada ingatan rakyat Malaysia.

Pada 22 Januari 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri Malaysia pertama yang menjejak kaki ke bumi Gaza.
Beliau diraikan oleh Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyah dan turut dibawa melawat kereta pejuang Al-Qassam, As-Syahid Al-Ja’bari yang dibom oleh Zionis Israel.

Apa yang berlaku di Gaza dan di Palestin umumnya, adalah angkara Zionis Israel, musuh nombor satu Islam pada hari ini.

Rasa benda dan marah terhadap Israel membuak-buak dalam diri setiap rakyat Malaysia.

Malang bagi umat Islam di negara ini apabila tersebar gambar Najib bersalaman dengan musuh nombor satu umat Islam dan pembunuh jutaan rakyat Palestin iaitu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Najib mendakwa beliau hanya terserempak dengan Netanyahu dekat pintu masuk ke PBB secara kebetulan.

Penafian ini tidak boleh diterima langsung!

hentikan fitnah najib
Klik gambar untuk berita.

Bagi Pedang, Najib perlu belajar sikap izzah di hadapan musuh daripada Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan.

Dalam Persidangan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland Erdogan bertindak mengutuk Presiden Israel Shimon Peres atas kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

erdogan kutuk shimon peres
Klik untuk video

Erdogan kemudiannya meninggalkan majlis itu seusai habis berucap.

Erdogan mendapat pujian daripada rakyatnya selepas kejadian itu.

Dalam satu pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, Erdogan telah mengajar Obama supaya jangan bongkak.

Erdogan menyilangkan kakinya tidak lama selepas Obama menyilangkan kakinya di atas lutut.

Klik untuk video
Klik untuk video

Inilah antara bahasa-bahasa izzah di hadapan musuh yang perlu dipelajari oleh Najib.

Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun dan penuh adab, tapi orang Melayu juga perlu diajar rasa izzah dan rasa lebih hebat berbanding musuh Islam.

Apatah lagi apabila berdepan dengan musuh Islam nombor satu di dunia, iaitu pemimpin Israel.

Najib patut mengelak daripada bertembung Netanyahu. Kalau tak dapat elak juga, jangan bersalam langsung atau senyum kepadanya.

Tunjukkan rasa marah di atas dosa-dosa Israel ke atas umat Islam Palestin selama ini.

Jika ini berlaku, percayalah bahawa bukan hanya rakyat Malaysia bahkan seluruh dunia Islam akan berbangga dengan anda.

KATA PEDANG: Jika Netanyahu boleh merenung tajam delegasi PBB selama 45 saat kerana marahkan Iran, mengapa Najib tidak boleh berbuat demikian di hadapan Netanyahu?

Kata-Kata-Pedang-ISMAweb
Sumber: Ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.