Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bajet 2016: Pemberian khas RM500 kepada 1.6 penjawat awam

CELAH GELEGAR
Bajet 2016: Pemberian khas RM500 kepada 1.6 penjawat awam

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata seramai 700,000 pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM250. 

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kedua-dua bayaran ini yang berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016. 

Beliau berkata kerajaan bersetuju menambah baik beberapa perkara bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan perkhidmatan awam termasuk menetapkan skim gaji minimum dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam. 

"Selain itu, kerajaan juga akan menambah baik 252 skim perkhidmatan yang bermanfaat kepada 406,000 penjawat awam. 

Kadar pencen minimum pula akan ditetapkan pada RM950 sebulan membabitkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan. 

"Kerajaan juga akan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred, yang akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan RM1.1 bilion," katanya ketika membentangkan Bajet 2016 sebentar tadi. 

Najib berkata, pegawai lantikan Perkhidmatan Kontrak yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam juga akan dilantik secara tetap. 

Katanya, semua pelaksanaan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion akan berkuat kuasa 1 Julai 2016. -BERNAMA


0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.