SEMUT HITAM
IKTIRAF GST, PAKATAN DIUCAP "TERIMA KASIH"!!!
Heh! Masuk kali ini, dah dua kali puak - puak Pakatan Haprak ni dilihat mengiktiraf hasil usaha yang dibuat oleh Kerajaan Pusat untuk membantu rakyat dan meningkatkan Ekonomi Negara.
Jika tadi, kita dah cerita pasal tindakan puak - puak Pakatan Haprak tu yang mengiktiraf pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia dan dimasukkan dalam Belanjawan Alternatif mereka.
Walaupun Si Mahfuz Bean tu cuba nak tunjuk bijak, tapi dia tak mampu nak memalukan Si Wan Azizah yang telah membangkitkan perkara tersebut sebelum ini dalam Belanjawan mereka.
Kata Si Wan Azizah, sekiranya Pakatan Haprak tu memerintah, pemberian bantuan itu tetap juga akan diberikan kepada rakyat. Cuma kaedah pemberian bantuan itu sahaja yang akan diubah.
(Artikel Berkaitan: BR1M: Mahfuz Bean Sindir Wan Azizah???)
Kali ini, giliran perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sebelum ini dipertikai hebat oleh puak - puak Pakatan tu juga turut dimasukkan dalam Belanjawan Alternatif mereka.
Sekali gus, tindakan yang dilakukan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu membuktikan bahawa mereka mengiktiraf sistem perlaksanaan cukai tersebut. Tapi diorang malu nak mengakuinya.
Dalam erti kata lainnya, selama hari ini, puak - puak Pakatan Haprak tu menjaja cerita kononnya GST ni tak bagus hanya semata - mata kerana nak memburukkan Kerajaan dan mengelirukan rakyat.
Itu juga menjadi bukti kukuh bahawa puak - puak Pakatan Haprak ni hanya terdiri dari golongan MUNAFIK yang suka bermuka - muka dengan apa yang mereka perkatakan sendiri. Tapi, kalau tak MENIPU rakyat, bukan Pakatan Haprak la namanya!!!
KUALA LUMPUR - "Terima kasih pembangkang," Demikian reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, hari ini.Ucapan itu merujuk kepada Bajet Alternatif Pakatan yang didakwanya menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Yang Dipertua, saya ingin ucapkan terima kasih kepada pembangkang. GST ada dalam Bajet mereka. Terima kasih kerana faham kenapa kita perlu laksana GST," katanya sambil mengangkat teks Bajet Alternatif Pakatan kepada sidang Dewan Rakyat.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.