Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BENARKAH CERITA RAFI AWG KECHIK : Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Raja Arif TELAH DITUKAR dengan Dato' Ibrahim

CELAH GELEGAR
BENARKAH CERITA RAFI AWG KECHIK : Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Raja Arif TELAH DITUKAR dengan Dato' Ibrahim


Presiden Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi), Mohamad Rafi Awang Kecik hari ini menyatakan di laman facebook beliau bahawa Ketua Pengarah Biro Tatanegara, Datuk Raja Arif Raja Ali telah ditukarkan dengan seseorang individu yang dinamakan sebagai Dato' Ibrahim Saad.

Rafi juga mengucapkan tahniah kepada Dato' Ibrahim Saad kerana dilantik oleh Perdana Menteri bagi menggantikan Raja Arif.

"Tahniah Dato' Ibrahim Saad yang dilantik oleh PM Najib untuk mengetuai BTN menggantikan Raja Arif" katanya.

Rafi juga memuji tindakan Perdana Menteri yang menukar Raja Arif kerana dikatakan BTN telah semakin hanyut dengan angan-angan dan impian kosong selama ini.

"KP BTN bukan sekadar pengurus jabatan, itu ramai boleh buat tapi yang penting dia kena jadi strategist" ujar Rafi. 

Rafi juga membuat pengesahan kebenaran maklumat beliau ini apabila seorang pembaca memberi komen bahawa terlalu awal untuk dimaklumkan.

"Menteri dah umum secara terbuka dlm majlis yg dihadiri oleh semua peg dan TP.." kata Rafi memberi respon kepada
Jabdin Juhat.


Pada Mac 2015 yang lalu, Pertubuhan Nadi Rakyat Malaysia (Nadi) telah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat penyelewengan yang dibuat pihak pengurusan Biro Tatanegara Negara (BTN) berhubung penggunaan dana RM500 ribu dari akaun ke lima Perdana Menteri.
 
Presidennya, Mohamad Rafi Awang Kecik mendakwa dana tersebut telah disalurkan kepada Kem Bina Negara Meru sedangkan kem tersebut telah ditukar milik kepada sebuah badan bukan kerajaan (NGO) IM4U dan segala pengurusan bukannya di bawah tanggungjawab pihak BTN lagi.

“Kem BTN Meru diserah kepada NGO IM4U, tetapi urusan penyelenggaraan masih dibuat oleh BTN. Urusan baik pulih menggunakan wang dari akaun lima Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.

Katanya, pihak BTN juga turut menyalah guna urusan pemilihan kontraktor untuk mengurus kes tersebut sebelum ini iaitu dengan tidak melakukan sebarang tender.

“Sepatutnya apabila projek melebihi RM500 ribu ianya perlu dibuka untuk tender, tetapi perkara tersebut tidak berlaku. Saya tidak tahu macam mana dia pilih,” jelasnya.

Sehubungan itu, satu laporan telah dibuat kepada SPRM untuk menyiasat ketelusan pihak BTN mengurusakan dana kewangan Perdana Menteri.

“Laporan ini langsung tidak bersifat peribadi, malah ia hanya untuk menyelamat satu agensi kerajaan daripada rosak akibat daripada penyelewengan pengurusan. Malah saya juga mempunyai bukti yang cukup mengenai salah guna kuasa ini,” katanya.

Jelasnya, tindakan yang dibuat pihaknya juga adalah untuk memberi peringatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak terlalu terpengaruh dengan nasihat dan pandangan orang di sekeliling beliau sebalinknya mendengar pandangan rakyat yang berusaha membantunya.

“Sikap baik Perdana Menteri dipergunakan oleh pegawai-pegawai yang mementingkan diri serta jawatan.

“Kita sedih dan bersimpati dengan nasib malang Najib yang diasak dari pelbagai sudut, bukan sahaja dari pihak pembangkang tetapi oleh agensi dan jabatan beliau sendiri,” akhirnya. -FMT

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.