Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[BIADAP] Nazri cabar Mahathir tanding di Padang Rengas

CELAH GELEGAR
[BIADAP] Nazri cabar Mahathir tanding di Padang Rengas

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad supaya bertanding di kerusi pilihan raya parlimen Padang Rengas jika takut
berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

"Jangan cakap banyak. Awak (Dr Mahathir) tahu bagaimana cara untuk menjatuhkannya (Najib), lawannya di Pekan.

"Atau, jika jika tidak mahu, lawan saya di Padang Rengas," kata Nazri sambil ketawa di lobi Parlimen, hari ini.

Dr Mahathir secara terbuka menentang Najib dan mendakwa perdana menteri menerima rasuah serta memusnahkan negara ini.

Bagaimanapun, Najib enggan berganjak, dan penganalisis percaya beliau dalam kedudukan yang selesa dan sukar digugat oleh Dr Mahathir. - MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.