Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BILA "KURANG KASIH SAYANG", MACAM TU LA JADINYA!!!

SEMUT HITAM
BILA "KURANG KASIH SAYANG", MACAM TU LA JADINYA!!!
Adakah Si Wan Azizah ni benar-benar bodoh atau pun buat-buat bodoh sehingga membuatkan dia mempersoalkan kenaikan kecil Bantuan Rakyat 1Malaysia atas alasan hasil kutipan daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) bernilai RM39 bilion?

Mustahil Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang tidak tahu bahawa hasil kutipan cukai GST itu bukan hanya untuk digunakan bagi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia semata-mata. 

Adakah kita terlalu memandang tinggi terhadap tahap pemikiran beliau? Atau adakah beliau sebenarnya terlalu tidak layak untuk memegang jawatan sebagai Ketua Pembangkang?

Bajet 2016 baru sahaja dibentangkan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak petang tadi. Jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:
Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah 1,000 ringgit, akan menerima BR1M sebanyak 1,050 ringgit;Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan 3 ribu ringgit ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada 950 ringgit kepada seribu ringgit;Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara 3,001 hingga 4 ribu ringgit, pemberian BR1M ditingkatkan daripada 750 ringgit kepada 800 ringgit;Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak seribu ringgit akan diteruskan; danKelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi 2 ribu ringgit sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada 350 ringgit kepada 400 ringgit.
Gambaran yang diberikan oleh Wan Azizah, seolah-olah keseluruhan kutipan perlaksanaan GST yang dibuat oleh pihak Kerajaan perlu digunakan sepenuhnya untuk pembayaran BR1M semata-mata. 

Beliau berpendapat jumlah BR1M sepatutnya RM1300. Kononnya kalau dibandingkan dengan BR1M yang diberikan RM1000 untuk satu keluarga maka akan kekurangan apa yang dibagi balik, kurang daripada apa yang diambil daripada GST.

Kalau itu benar-benar pendapat beliau maka tahap pemikiran Ketua Pembangkang ini dilihat sebagai terlalu singkat dan tidak mencerminkan kredibiliti pembangkang yang mampu menyumbang walaupun sedikit untuk negara.

Namun kita tahu bahawa kenyataan beliau itu sebenarnya dilihat sebagai cara halus untuk menghasut rakyat agar marah terhadap kerajaan dengan menuntut jumlah yang lebih besar.

Selama ini pembangkang sering menghasut rakyat dengan menabur persepsi-persepsi yang agak tidak masuk akal seperti janji-janji mereka untuk menghapuskan semua tol dalam negara kita sedangkan tol dalam negeri di bawah pentadbiran mereka sendiri pun masih rancak dikutip malahan turut sama mengalami kenaikan kadar tol. - TV14

PS: Pokok pangkalnya, Si Wan Azizah tu hanya sekadar cuba nak tutup kemaluan diri dia sendiri dengan menampilkan alasan bertaraf Longkang seperti itu.

Sehingga hari ini, kita masih lagi menunggu tindakan dari Rejim Pakatan di Selangor untuk menurunkan kadar tol bagi syarikat konsesi yang mereka miliki.

Tapi hakikatnya, penantian kita tu hanya akan menjadi satu penyeksaan kerana masih belum ada sebarang tindakan yang dilakukan. Rejim Pakatan yang diketuai oleh Si MB Cap Ayam tu setakat pandai bercakap je!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.