CELAH GELEGAR
(CULIK KAJANG) Pemandu teksi antara empat suspek direman
SHAH ALAM 10 Okt. - Pemandu teksi yang menemukan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang diculik di Kajang semalam merupakan antara empat suspek yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes tersebut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya turut menemukan semula wang tebusan sebanyak RM291,550. - UTUSAN ONLINE
Sebelum ini, seorang Pemandu teksi yang mahu dikenali sebagai Nizam berkata dia menjumpai kanak-kanak itu sedang merayau di tepi jalan.
Nizam berkata dia mengenalpasti kanak-kanak itu kerana gambarnya sudah pun viral di aplikasi Whatsapp.
Nizam kemudiannya mengambil kanak-kanak tersebut dan menghantarnya ke rumah.
"Saya cam gambar budak itu dari satu mesej Whatsapp dan mengambil keputusan untuk menghantarnya kembali ke rumah", kata Nizam memetik laporan NST Online.
Gambar kanak-kanak tersebut menjadi viral di media sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp.
Nizam bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian kerana bimbang akan keselamatannya.

0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.