Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAT SABU BENGKAK DIGELAR KAFIR!!!

SEMUT HITAM
MAT SABU BENGKAK DIGELAR KAFIR!!!
Heh! Mungkin inilah khifarahnya bila dulu dia jugak yang suka melabelkan orang lain dengan pelbagai gelaran dan panggilan dengan niat yang buruk. Sekarang kena pulak pada batang hidung dia.

Yang herannya, sekarang baru Si Mat Sabu tu nak sedar bahawa tindakan yang dilakukan sebelum ini tidak akan memberikan sebarang kebaikkan terutamanya kepada imej Islam itu sendiri?

Dulu, dia bukan sahaja pernah melabelkan ahli UMNO sebagai golongan Kafir. Malah dia jugak yang memberikan nama jolokan kepada Si Ketua Penipu tu sebagai 'Kaki Pungkoq'. Jadi, jangan la dia meroyan bila orang lain pulak gelar dia sebagai Kafir dan Pengkhianat!!!

Dalam satu kenyataan semalam, Si Mat Sabu tu menggesa pemimpin-pemimpin PAS supaya berhenti memanggil ahli Amanah sebagai kafir kerana ia tidak memberikan sebarang kebaikan.

Pengerusi Parti Amanah Negara itu memberi beberapa contoh kejadian semasa di pelbagai negara Islam seperti Afghanistan, Syria, Somalia dan Iraq yang dilihat menjadi contoh terbaik perbalahan yang membawa kepada kemusnahan.
"Mereka adalah umat Islam yang beriman dan mempunyai kepercayaan yang sama tetapi kerana perbezaan fahaman politik, mereka berakhir dengan berlawan satu sama lain, dan saya mendoakan ini tidak akan berlaku di Malaysia," katanya.
Mohamad Sabu berkata demikian semasa sesi dialog minum petang yang diadakan di restoran mamak di Taman Mutiara Rini di sini, Jumaat.

Malah dalam nada sindiran, Si Mat Sabu tu juga percaya bahawa PAS akan menjadi lebih kuat selepas disingkirkan daripada Pakatan Harapan tetapi tidak akan menang pilihan raya umum.

Kata dia, ianya disebabkan pada pilihan raya umum lalu, sebahagian besar calon PAS di kawasan luar bandar tidak mampu mendapatkan majoriti undi terutamanya daripada orang Melayu.
"Itu ketika mereka masih di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kini, mereka tidak lagi dengan pakatan pembangkang yang baru."Mereka akan menjadi lebih kuat dari segi kekuatan parti, tetapi saya ragu-ragu mereka boleh menang pilihan raya umum kerana sekarang, tidak ada parti politik yang boleh berdiri sendiri dalam landskap politik semasa di negara ini," katanya.
Katanya, sejak Amanah dilancarkan pada 16 September, parti itu perlahan-lahan mendapat momentum dari segi keahlian di beberapa negeri. Parti itu menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 ahli menjelang Disember tahun ini, dengan mendapat sokongan paling ramai di Kelantan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.