SEMUT HITAM
KHALID DAKWA AZMIN HANYA PANDAI 'MENAGIH'!!!
MB Cap Ayam tu GAGAL dan hanya pandai 'Menagih'! Hanya itu je kesimpulan yang dapat diberikan terhadap kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Ibrahim tu berkaitan dengan Azmin.
Nampak gayanya perang mulut diantara kedua - dua pemimpin PKR tu belum sampai ke penghujung apabila ianya berlanjutan walaupun selepas perlaksanaan agenda Langkah Kajang.
Hakikatnya, polemik Politik Longkang yang menjadi dasar kepada PKR tu memang tidak dapat diketepikan begitu sahaja. Sebaliknya ianya akan kekal menjadi dendam kesumat bagi mereka yang terlibat.
Dalam kenyataan hari ini, Si Khalid Ibrahim tu mendakwa Si Menteri Besar Cap Ayam tu GAGAL dalam menguruskan pentadbiran Negeri dan hanya sekadar pandai Menagih Simpati.
“Peluang yang diberikan rakyat untuk membuktikan beliau seorang negarawan berjiwa besar setelah diangkat menjadi Menteri Besar dipersiakan kerana jelas beliau masih tidak cuba bermuhasabah dan mengambil tanggungjawab atas kegagalan melaksanakan prinsip urus tadbir yang baik dalam pentadbiran negeri.“Sebaliknya, beliau terus sewenang-wenangnya mempersalahkan orang lain tanpa mengakui kelemahan diri atau memperbaiki keadaan.“Sekiranya orang luar atau bukan anggota dikatakan tiada hak mencampuri urusan dalaman PKR, wajarkah atau adilkah PKR dan parti pembangkang lain diberi ruang menegur, membidas atau membantah apa sahaja yang dilakukan atau disuarakan oleh parti komponen Barisan Nasional?,” katanya kepada FMT.Khalid memberi respons itu selepas Timbalan Presiden PKR itu memberikan nasihat kepada Khalid supaya tidak mencampuri urusan dalaman PKR kerana menganggap dia bukan lagi ahli PKR.
Sementara itu dalam masa yang sama, bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Hussin berkata, Bekas Menteri Besar Selangor tu hanya memberi respons itu selepas ditanya oleh media.
Katanya, wajar bagi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu menjawab tentang krisis dalaman PKR kerana beliau dipecat secara jahat bagi membolehkan kerusi Menteri Besar dikosongkan.
"Azmin nampaknya mahir dalam memainkan peranan dan bermuka-muka. Azmin akur dengan telunjuk DAP dan Parti Amanah Negara tetapi masa yang sama berbaik-baik dengan Pas semata-mata mahu mengekalkan jawatan Menteri Besar,” katanya.
Maka kesimpulan mudahnya, Si Menteri Besar Cap Ayam tu memang setakat pandai meroyan tak tentu arah je. Nak mengharapkan dia buat kerja satu hapah pun dia tak pandai. Kalau setakat nak harapkan orang lain je bantu dia, baik tak payah jadi pemimpin!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.