Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[DATUK SAIFUDDIN TANYA NAJIB] Bersih Sudah bentang Akaun RM2.6 juta, RM2.6 bilion Najib Macam Mana?

CELAH GELEGAR
[DATUK SAIFUDDIN TANYA NAJIB] Bersih Sudah bentang Akaun RM2.6 juta, RM2.6 bilion Najib Macam Mana?

Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah yang baru sahaja diberi surat tunjuk sebab oleh UMNO telah membangkitkan mengenai RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Najib Razak.

Dengan tajuk "Battle of 2.6!", beliau menulis dalam post terbaru di facebook menjelaskan mengenai pembentangan akaun oleh Bersih 2 yang merupakan penganjur perhimpunan Bersih 4.0.

Angka RM2.6 sumbangan yang diterima oleh Bersih menjadi angka yang sama dengan RM2.6 yang masuk ke akaun peribadi Najib, cuma yang yang membezakannya ialah amaun dalam akaun Najib adalah bilion.

"Bersih4 dah bentang akaun: Penerimaan: RM2,647,361.74 (dpd 27,000 penderma, & jualan t-shirt & mafla). Perbelanjaan: RM664,052.52."

"Baki: RM1,983,309.22 akn diguna utk program2 2 thn akn dtg (pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dsb)..."

"RM2.6 bilion?" soal Datuk Saifuddin.



Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini membentangkan penyata pendapatan mereka, berhubung sumbangan RM2.6 juta yang diraih mereka sempena himpunan Bersih 4. 

Menurut Bersih 2.0, akaun mereka mencatatkan lebihan RM1.9 juta susulan belanja sebanyak RM 664,052 bagi menganjurkan himpunan selama 34 jam itu. 

Mereka turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan derma RM2.6 bilion yang didakwa diterimanya dari "dermawan" Timur Tengah. 

Menurut mereka, kira-kira 27,000 penderma menyumbang kepada Bersih 2.0 dan penyata bank dengan setebal 2,126 halaman dihantar kepada juruaudit bagi semakan. 

"Perisytiharan kami hari ini disemak pegawai kewangan kami," kata Bendahari Bersih 2.0 Masjaliza Hamzah pada sidang media di Petaling Jaya hari ini. 

Pengisytiharan hari ini dibuat sebulan selepas himpunan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos dan ia dibuat bagi memenuhi janji Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah yang berikrar membentangkannya sebelum ini. 

Menurut Bersih, penderma secara purata menyumbang sebanyak RM76 seorang, walaupun majoriti menyumbang antara RM10 sehingga RM50. 

Lebihan daripada jumlah yang berjaya diraih akan diguna bagi membiayai program akan datang. 

 "Ia termasuklah program pendidikan pengundi, kos kes-kes mahkamah, latihan dan lain-lain lagi," kata Masjaliza. Menurutnya, reputasi Najib akan "lenyap" jika beliau gagal mengisytiharkan perincian “derma” yang diperolehnya. 

 Najib dan beberapa pemimpin BN sebelum ini mencabar Bersih mengisytiharkan akaun mereka. Himpunan Bersih 4 menelan belanja RM300,000 sementara RM340,000 dibelanjakan untuk perbelanjaan pra himpunan termasuklah cetakan baju-T. – 6 Oktober, 2015. 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.