Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

LOYA DENGAR DIA CERITA PASAL "TUNAI JANJI"!!!

SEMUT HITAM
LOYA DENGAR DIA CERITA PASAL "TUNAI JANJI"!!!
Eeww! Memang terasa loya betul tekak ni bila membaca dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad ni pasal 'Tunai Janji'. Rasa macam nak muntah hijau pulak dah gayanya.

Dalam kenyataan hari ini, Si Khalid Samad tu cerita pasal TPPA dan mendesak Kerajaan agar menunaikan janji. Tapi, itu soal lain. Soal sekarang kita nak cerita pasal bab 'Menunaikan Janji'.

Bagaimana mungkin seorang Pengkhianat macam dia masih lagi nak bercerita dan mendesak agar orang lain menunaikan janji mereka sedangkan dia sendiri GAGAL melakukannya?

Kalau orang lain yang bercakap soal Menunaikan Janji ni, kita boleh terima lagi. Tapi kalau orang macam Si Khalid Samad ni yang bercakap, nampak sangat la seorang pemimpin yang RETORIK.

Jika sebelum ini, Si Khalid Samad tu sendiri merupakan salah seorang pemimpin PAS yang telah mengangkat sumpah Bai'ah dan membaca akujanji taat setia sewaktu menjadi wakil rakyat.

Tetapi, apabila ahli diperingkat akar umbi melihat tindakan Si Khalid Samad tu lebih banyak membelakangkan kepentingan parti dan mendahulukan orang lain, dia telah disingkirkan.

Akibat tidak dapat menerima hakikat ditolak oleh para perwakilan PAS diperingkat akar umbi, Si Khalid Samad ni mula la meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal dibuatnya.

Dan disebabkan dia GAGAL mempertahankan jawatan sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Si Khalid Samad tu sendiri telah memungkiri janji yang telah dibuat sebelum ini.

Hanya kerana dia nak memenuhi kepentingan Politik Peribadi dia sendiri, maka dia sanggup bertindak sedemikian rupa dan melupakan janji yang telah ditandatanganinya sendiri.

Jadi, apa lagi hak yang Si Khalid Samad tu ada untuk memberikan amaran dan mendesak agar orang lain menunaikan janji sedangkan dia sendiri pun pernah mengkhianati janji dia sendiri? Kalau setakat pandai bercakap je, baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!

PS: Blog ini tetap membantah sebarang perjanjian yang mampu menggugat bukan sahaja ekonomi, tetapi kedaulatan Negara melalui perjanjian TPPA!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.