CELAH GELEGAR
[DEMI UMNO, BERCUTILAH NAJIB] Derma RM2.6 bilion: SPRM akan soal Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetap akan memanggil Datuk Seri Najib Razak untuk menyoal beliau berhubung isu wang derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya apabila tiba masanya, kata Datuk Paul Low Seng Kuan hari ini.
Buat masa ini, perdana menteri masih belum dipanggil, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sambil mengesahkan SPRM masih sedang menyiasat isu tersebut walaupun sebelum ini mengesahkan ia datang daripada seorang penderma Timur Tengah.
"SPRM juga ingin memaklumkan, setiap saksi atau individu yang berkaitan dengan kes ini akan dipanggil bagi tujuan siasatan.
"Setakat ini, keterangan perdana menteri belum lagi diambil dan ia akan dilakukan apabila tiba masanya nanti," kata Low dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.
Ogos lalu The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan di antara agensi kerajaan, bank dan entiti yang berkaitan dengan 1MDB dan berakhir di akaun peribadi perdana menteri dalam 5 deposit berasingan.
Najib menafikan dakwaan itu dan berkata ia adalah konspirasi politik pihak lawan termasuk bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi WSJ menegaskan siasatan mereka berlandaskan dokumentasi kukuh.
SPRM sebelum ini mengumumkan akan memanggil Najib untuk memberi kenyataan mengenai pendedahan tersebut, bagaimanapun sehingga hari ini belum ada keterangan direkodkan.
Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan mengapa SPRM mengapa masa terlalu lama untuk memanggil Najib yang juga adalah saksi utama dalam isu RM2.6 bilion itu.
"Apa masalahnya?
Jika isu lain, mereka mudah pula memanggil untuk diambil kenyataan.
"Sekarang sudah sebulan tapi tidak dipanggil. Perdana menteri adalah saksi utama. Ia menunjukkan tiadanya keseriusan dalam siasatan ini," kata Hanipa. – 29 Oktober, 2015.TMI
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.