SEMUT HITAM
TONY PUAKA DAH "GOYANG BUAH KERANDUT"!!!
Cerita asalnya Si Tony Pua tu baru - baru ini mencabar Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasmy untuk berdebat dengan dia secara lansung.
Mudah cakap ia sebenarnya platform debat terbuka bagi pemimpin pembangkang itu untuk menghentam 1MDB dan kemudian turut memalukan Arul Kanda di hadapan khalayak ramai.
Dengan berbuat begitu, mereka menjangka Arul Kanda menjadi takut sekali gus memudahkan mereka hasut rakyat kononnya 1MDB bermasalah teruk, tidak telus sehingga membazirkan duit rakyat.
Malangnya hasrat Tony Pua tidak kesampaian apabila Arul Kanda pada Khamis dilaporkan sedia menyahut cabaran ahli politik itu malah sedia jawab semua soalan tanpa berasa bimbang.
Namun, Arul menetapkan agar Tony Pua meletakkan jawatannya sebagai anggota PAC kerana khuatir kedudukan itu akan memberi impak kepada konflik kepentingan dalam isu tersebut.
Senang cakap, jika Tony Pua masih lagi ahli PAC, ini tentu tidak wajar kerana dia akan guna kedudukannya seolah-olah mendahului siasatan PAC dan pastinya juga tidak adil kepada ahli - ahli PAC yang lain.
Kalau dia betul berani, sepatutnya Tony Pua sedia berdebat secara berdepan satu lawan satu tanpa sebarang keistimewaan yang tidak terikat dengan Arul Kanda sendiri. Baru la adil namanya.
Sebaliknya perkara ini tidak berlaku dan harapan untuk melihat mereka erentap secara terbuka berbahas mengenai isu 1MDB nampaknya mungkin tidak akan menjadi kenyataan seperti yang dilaporkan.
Dalam reaksi segera, Arul Kanda sedia sahut cabarannya untuk debat secara live di televisyen, ahli Parlimen DAP itu dikatakan sudah bagi alasan dengan mempertikaikan pula syarat yang diberikan.
Tony Pua mendakwa Arul Kanda takut berdepan dengannya sebagai ahli PAC. Walhal Arul Kanda sebaliknya mahu Tony Pua letak jawatan ahli PAC untuk elak konflik kepentingan untuk berdebat. - laporan penuh, MyNewsHub.
PS: Cerita mudahnya, Si Tony Puaka tu dah "Goyang Buah Kerandut" bila Ketua Pengawai Eksekutif 1MDB tu menyahut cabaran dia secara terbuka. Maka sebab itulah dia terpaksa memberikan alasan untuk menutup kemaluan peribadi dia sendiri!!!
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.