Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Duit PR1M buat tukar tayar kereta

CELAH GELEGAR
Duit PR1M buat tukar tayar kereta


PUTRAJAYA – “Saya harap sangat menang peraduan PR1M ni sebab nak tukar tayar kereta baru, tak sangka akhirnya menang juga selepas berusaha hantar penyertaan sejak Julai lalu,” kata pemenang PR1M bagi siri 6 Oktober, Betty Anak Agan @Lagan.

Ibu kepada seorang anak itu berkata, dia menganggap kemenangannya rezeki anak kedua yang kini baru berusia dua bulan dalam kandungan.

Menurutnya, hatinya mula terdetik menyertai peraduan selepas melihat iklan di laman sesawang Sinar Harian.

Katanya, dia semakin teruja apabila melihat ramai yang memenangi peraduan yang menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 setiap hari itu.

Kerani di pejabat Kementerian Kesihatan berusia 37 tahun itu berkata, semangatnya lebih membuak-buak apabila melihat peserta dari jauh boleh memenangi peraduan tersebut.

“Rasanya dekat 50 kali saya hantar borang melalui pos laju, memang tak putus asa, waktu hujan pun saya gagahkan diri pergi poskan penyertaan,” katanya ketika ditemui di Presint 11, di sini.

Kata Betty, usahanya tidak sia-sia apabila diberitahu sebagai pemenang.

“Seronoknya rasa bila dihubungi pihak Sinar Harian, dengan duit kemenangan ini bolehlah digunakan untuk beli tiket penerbangan balik kampung ke Bintulu, Sarawak sempena sambutan Krismas hujung tahun ini,” katanya.

Betty berkata, selepas ini dia akan mencuba lagi nasib namun kali ini menggunakan nama suaminya pula. - SH

p/s: ingatkan duit BR1M, ceh!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.