Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Zuhdi: 'Parlimen kanak-kanak' pun tak angkat plakad

CELAH GELEGAR
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Zuhdi: 'Parlimen kanak-kanak' pun tak angkat plakad

Pemimpin PAS menyindir rakan pembangkang parti itu bertindak melebihi kanak-kanak apabila mempamerkan plakad “mana 2.6 bilion?” selepas belanjawan 2016 dibentangkan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengaitkan langkah itu dengan rancangan ‘mini parlimen’ pada tahun 1970-an yang dikendalikan oleh Allahyarham Jamal Muhamad atau lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal.

“Sekitar akhir 1970-an dan awal 1980-an, ada satu rancangan kanak-kanak yang dikendalikan oleh Pak Cik Jamal, iaitu Parlimen Kanak-kanak.

“Seingat saya tiada kanak-kanak yang menjadi ‘ahli parlimen’ dalam rancangan itu bertindak angkat plakad seperti sebahagian ahli parlimen pembangkang semalam,” katanya melalui tulisan di Facebook.

Jumaat lalu, tulisan ‘mana 2.6 bilion’ itu dipamer selepas Najib selesai membentangkan belanjawan 90 minit, yang dikira ringkas berbanding sebelum-sebelum ini.

Bagaimanapun, berdasarkan gambar dikongsi di Internet, kelihatan beberapa ahli parlimen daripada PAS tidak mengangkat plakad itu, termasuk Nik Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Nasrudin Hassan (Temerloh).

Pendirian PAS jelas

Sementara itu Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata, langkah PAS tidak mengangkat plakad di parlimen bukan bermaksud mereka menyokong kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya, katanya PAS sudah membuat pelbagai kempen membantah isu kemasukan dana itu selain menyatakan pandirian jelas dalam isu itu.
“Jadi kalau setakat tak angkat plakad dalam parlimen pun terus di label sebagai penyokong RM2.6 bilion, nampak agak keterlaluan lah saudara.

“Cari-carilah modal lain kalau nak hentam PAS pun,” tulisnya di Facebook.

Isu dana itu pada mulanya didedahkan oleh akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana itu sebagai "derma".
Najib menafikan sebarang salah saku dalam isu itu. -MK

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.