Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[GANTUNG LIM KIT SIANG 6 BULAN] Asyraf Wajdi Ucap Terima Kasih kepada Ahli Parlimen PAS kerana SOKONG USUL

CELAH GELEGAR
[GANTUNG LIM KIT SIANG 6 BULAN] Asyraf Wajdi Ucap Terima Kasih kepada Ahli Parlimen PAS kerana SOKONG USUL

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dusuki hari ini telah menyampai ucapan terima kasih kepada Ahli-Ahli Parlimen daripada PAS kerana telah bersama-sama dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk mengundi MENYOKONG usul menggantung YB Gelang Patah, Lim Kit Siang kerana sebelum itu telah mendakwa Yang di-Pertuan Dewan Rakyat menyalahgunakan kuasanya dan mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Dewan Rakyat lulus usul gantung Kit Siang enam bulan kerana hina Speaker TS Pandikar. Setuju - 107, Tidak bersetuju- 77, Berkecuali - 1 iaitu Lim Kit Siang. Wakil Rakyat BN yg hadir tadi berjumlah 97 tapi dapat undi 107. Ini bermakna ada wakil2 rakyat Pembangkang yang turut menyokong usul berkenaan." kata Asyraf di laman facebook beliau.

Beliau juga menyatakan ahli Parlimen Pas telah membuat keputusan yang bijak dalam hal ini dan mengharapkan tindakan ini akan membuka satu lembaran politik baru di Malaysia.



PAS sokong tolak usul gantung Kit Siang

Dalam satu kenyataan, PAS memaklumkan bahawa mereka MENYOKONG PENOLOKAN usul menggantung Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Ketua Whip Ahli Parlimen PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, isu yang besar di sebalik insiden hari ini adalah isu negara bukan isu penghinaan.

"Kalau kita tengok isu fitnah ia ada kecuali. Tetapi bagi kita Gelang Patah tidak diberi peluang untuk mengemukakan hujah untuk pertahankan diri," katanya pada sidang media bersama-sama Kit Siang termasuk ahli parlimen pembangkang yang lain.

Justeru katanya yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, keadilan sebenar di dalam isu ini tidak ditegakkan sebaiknya.

Turut bersama dalam sidang media itu Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Pokok Sena, Idris Ahmad dan Datuk Mahfuz Omar.

Sidang media diadakan sebaik sahaja Timbalan Yang Dipertua Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mengumumkan usul yang dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Said disokong melalui undi belah bahagi.

Timbalan Speaker Ronald Kiandee Umum keputusan Melalui Undi Belah Bahagian

Sebelum Parlimen berhenti rehat tengah hari tadi, Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang telah digantung selama 6 bulan dari menghadiri sidang parlimen yang berkuatkuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat dengan majoriti ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional menyokong usul itu.

"Kami tidak ada pilihan tapi memohon mencadangkan usul ini," kata Azalina dalam Dewan Rakyat hari ini.

Usul yang dibawa untuk menggantung Lim mengikut Aturan Mesyuarat 27 (3).

Timbalan Speaker Ronald Kiandee mengumumkan keputusan penggantungan secara undi blok, dengan majoriti 107 ahli Dewan Rakyat menyokong usul itu dan 77 tidak menyokong.

"Dengan keputusan pengundian ini, Gelang Patah diminta untuk meninggalkan dewan," kata Ronald semasa membaca keputusan itu.

Ketika di luar Dewan Rakyat, Kit Siang mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah menyokongnya dalam perbahasan.

"Saya berasa sedih kerana perhatian diberikan lebih kepada isu ini berbanding isu-isu lain yang lebih besar seperti 1MDB," kata beliau.

Ia susulan kegagalan Kit Siang memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Pandikar pada 19 Oktober selepas perbahasan usul mengenai jerebu.
Kit Siang mendakwa Pandikar menyalahgunakan kuasanya dan mensabotaj siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) ke atas 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.