Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[IMBAS KEMBALI VIDEO UCAPAN NAJIB] Bila Tengok Video Baru Rasa Macam Rakyat Diperbodohkan

CELAH GELEGAR
[IMBAS KEMBALI VIDEO UCAPAN NAJIB] Bila Tengok Video Baru Rasa Macam Rakyat Diperbodohkan

KALAU NAK MENYAMUNPUN, TAKKAN SAYA MENYAMUN BAWA DUIT MASUK AKAUN DALAM MALAYSIA 

Kalau saya nak menyamunpun, takkan saya menyamun bawa duit tu masuk akaun dalam Malaysia" kata Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan rasa penghargaannya kepada Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din yang meragui kesahihan laporan akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Katanya Ustaz haron Din kata "Tak masuk akal Perdana Menteri boleh songlap duit sebanyak itu." 

Bercakap kepada media di Semenyih, Najib berkata, ramai yang tidak mempercayai laporan mengenai pengaliran wang dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun persendirian beliau di Malaysia.

   

Sumber yang biasa dengan siasatan mendedahkan tiga daripada akaun yang dibekukan oleh pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penyaluran wang AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun perdana menteri adalah milik Datuk Seri Najib Razak. Ia berikutan kenyataan media pasukan khas itu yang mendedahkan mereka telah membekukan enam akaun bank yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

   

Sebuah video yang memaparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa wang jutaan ringgit disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersebar. Video berkenaan dirakamkan ketika beberapa pengunjung, termasuk Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir menziarahi Muhyiddin di kediamannya sejurus beliau di pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

   

KEMUDIAN NAJIB AKUI TERIMA DANA TAPI BUKAN UNTUK DIRI TAPI UMNO 

Najib: I receive funds not for myself but for Umno Datuk Seri Najib Tun Razak says that even if he received funds or donations, that's because it was for Umno, and that the Malaysian Anti-Corruption Commission has cleared him of any wrongdoing in claims that 1MDB funds went into his bank account.

   

SUATU KETIKA DAHULU, UCAPAN NAJIB MENGENAI DANA POLITIK MESTI MASUK AKAUN PARTI BUKAN AKAUN PERIBADI

Sebelum isu wang RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri pada ucapannya ketika merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya, pada Februari 2012 berkata sumbangan atau derma kepada parti politik haruslah dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dan bukannya akaun peribadi. Katanya, tindakan itu perlu bagi mengelakkan ahli politik menyalah-gunakan nama parti semasa mengutip derma ataupun wang berkenaan disalah-gunakan bagi tujuan peribadi.

   

MAHATHIR SENDIRI YANG BUAT SERABUT, KATA NAJIB 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keadaan "kucar-kacir" yang berlaku pada ketika ini adalah disebabkan perbuatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam tulisan di blognya, Najib berkata, "kucar-kacir" yang dilakukan Mahathir semasa pentadbirannya ini merupakan perbuatan Mahthir yang mengulangi pembohongan dan fitnah pembangkang.

   

MELAYU BANGSAT

Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Presiden UMNO itu berkata oleh yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui kepimpinan negara itu. Najib berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020.

   

TUN MAHATHIR: KALAU BANGSAT TU PERKI, KITA TAK BANGSAT LA

Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa orang Melayu akan menjadi ‘bangsat’ sekiranya Umno kalah pada pilihann raya akan datang, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ‘kalau bangsat tu pergi, kita tak bangsat la’. Bercakap pada program bual bicara bertajuk: "Malaysia hari ini: Ke Mana kita” , katanya, yang hendak ‘membangsatkan’ Melayu bukannya Umo tetapi Najib.

 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.