Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[TAHNIAH MUFTI BERANI HEBAT] Dato' Dr. Asri: Gabenor Bank Negara lakukan Jihad Besar Selamatkan Negara dari PENGKHIANAT dan PENJENAYAH

CELAH GELEGAR
[TAHNIAH MUFTI BERANI HEBAT] Dato' Dr. Asri: Gabenor Bank Negara lakukan Jihad Besar Selamatkan Negara dari PENGKHIANAT dan PENJENAYAH

Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis sememangnya terkenal sebagai seorang yang berani menegur pemerintah secara lantang dan terbuka.

Semalam, melalui facebook DrMAZA.com, beliau menyatakan bahawa Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz telah melakukan satu jihad yang besar.

"Itu adalah jihad yang besar" kata Dr. Azri.

Beliau sebelum itu berdoa semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara kerana berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah.

"Semoga Allah memberi pahala yang besar kepada Gabenor Bank Negara yang berusaha menyelamatkan negara dari para pengkhianat dan penjenayah" katanya.

Bank Negara dalam kenyataan berkenaan 1MDB sebelum ini memaklumkan bahawa telah pun menyelesaikan siasatan berhubung transaksi 1MDB dan hasil siasatan telah diserahkan kepada Peguam Negara pada bulan Ogos yang lalu.

Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO pula menyatakan jika hasil siasatan Bank Negara mengandungi bukti-bukti yang boleh mensabitkan mana-mana pihak dengan apa-apa kesalahan di bawah undang-undang negara, maka adalah menjadi tanggungjawab Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mendakwa mereka yang terbabit di mahkamah.



Jabatan Peguam Negara, dalam satu kenyataan selepas itu, menyatakan ia menerima laporan siasatan bank pusat itu terhadap 1MDB bagi suatu kesalahan di bawah perenggan (4) (b) Bahagian 1 Jadual Kelima kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 iaitu dengan sengaja atau melulu membuat kenyataan yang palsu dalam suatu butiran. 

"Kertas siasatan (IP) sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 Ogos lalu. Setelah mengkaji IP, Timbalan Peguam Cara 1, Tun Abd Majid Hamzah, memutuskan tiada kesalahan dilakukan oleh pegawai 1MDB dan mengarahkan tiada tindakan lanjut perlu diambil. 

"IP dikembalikan pada BNM pada 11 September lalu dan keputusan Jabatan Peguam Negara disampaikan kepada BNM pada hari yang sama," katanya

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, BNM menghantar surat permintaan kepada Jabatan Peguam Negara pada 1 Oktober lalu untuk keputusan itu dikaji semula. 

Katanya, selepas mempertimbangkan permintaan itu dan mengambil kira tidak ada bukti baharu yang disediakan, Peguam Negara memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang dibuat sebelum ini. 



0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.