Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[KEHENDAK RAKYAT MACAM MANA] Zahid Hamidi :"Hanya 13 orang daripada 20,000 ketua cawangan umno" MAHU NAJIB UNDUR

CELAH GELEGAR
[KEHENDAK RAKYAT MACAM MANA] Zahid Hamidi :"Hanya 13 orang daripada 20,000 ketua cawangan umno" MAHU NAJIB UNDUR

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi nampaknya tidak memandang berat gesaan 13 cawangan Umno dalam di Teluk Kemang yang mahu perdana menteri berundur.

Dengan nada sinis Zahid berkata gesaan terhadap Datuk Seri Najib Razak itu sedikit jika dibandingkan dengan 20,000 Umno cawangan lain di seluruh Malaysia.

“Tiga belas orang daripada 20,000 ketua cawangan,” katanya sinis ketika ditanya perkara itu.

Tambah Zahid beliau juga masih belum menerima memorandum menggesa Najib meletakkan jawatan daripada kumpulan itu.

“Saya tak dapat lagi memorandum itu, kalau dapat kita akan teliti,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Pengguna Kebangsaan dan Kempen Cintai Buatan Malaysia di Dataran Merdeka petang ini.

Semalam 13 cawangan Umno dalam bahagian Teluk Kemang, Negeri Sembilan tampil menggesa supaya Najib meletakkan jawatan.

Ketua Cawangan Taman TKK, Kamarul Azman Habibur Rahman yang mengetuai kumpulan itu berkata, sebagai pemimpin akar umbi beliau tidak berniat menghukum presiden parti berhubung isu yang melanda negara ketika ini.

Sebaliknya, pengunduran Najib perlu dilakukan bagi memastikan Umno tidak menjadi mangsa keadaan oleh pengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Ketua Umno bahagian itu Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, kesemua mereka seharusnya menyatakan pendirian masing-masing pada Persidangan Perwakilan Umno bahagian ketika usul sokongan terhadap kepimpinan parti yang diadakan sebelum ini.

Katanya lagi, tindakan kesemua mereka tidak menghormati keputusan yang telah diputuskan semasa persidangan sebelum ini.

Isa bagaimanapun berkata Umno Bahagian Teluk Kemang tetap memberikan sokongan terhadap Najib selaku presiden Umno. -MK



KAJIAN MERDEKA CENTRE - Lepas PECAT Muhyiddin & Shafie, Peratusan Rakyat Keseluruhan dan Melayu Sokong Najib TURUN MENDADAK

Menurut tinjauan kebangsaan yang dijalankan Merdeka Center pada Ogos itu, hanya 31% pengundi Melayu menyokong Putrajaya, satu penurunan besar daripada 52% yang direkodkan pada Januari. 

Tahap penerimaan kebangsaan ketika tinjauan Ogos adalah pada 23%, turun daripada 38% pada Januari. 

Masyarakat Cina juga melahirkan rasa tidak puas hati, mencatatkan hanya 5% penerimaan terhadap pentadbiran Najib, berbanding 11% pada Januari. 

Kajian itu dijalankan beberapa minggu selepas rombakan Kabinet pada hujung Julai, apabila Najib menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang lagi menteri, Datuk Seri Shafie Apdal. 

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.