CELAH GELEGAR
[KITA KENA REALITIK, IA BUKAN MUDAH] Rafizi ramal undi tak percaya terhadap Najib SUKAR
Jika sebelum ini Rafizi Ramli antara yang lantang mendesak undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, naib presiden PKR itu kini mengatakan tindakan itu sukar dilaksanakan di Parlimen.
"Kita kena realistik. Ia (undi tak percaya) bukan mudah," kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Rafizi berkata pembangkang tidak dapat menentukan sama ada usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri dapat diadakan atau tidak.
"Kita perlu susun semula jangkaan. Kita tidak mahu situasi di mana selepas Parlimen, Najib masih berkuasa, dan orang menyalahkan kita," katanya.
"Bukan kami yang kawal, Najib dan Speaker," tambahnya lagi.
Kenyataan Rafizi itu senada dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini yang mengakui kesukaran melaksanakan undi tidak percaya terhadap Najib.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara pemimpin yang lantang mencadangkan perkara itu. Rafizi, bagaimanapun, masih berharap untuk mencuba walaupun peluang tipis.
"Betul, memang sukar, tetapi kita kena cuba," katanya.
Setiap ahli Parlimen, katanya, boleh mengundi semasa Bajet 2016 yang bakal dibentangkan Najib pada 23 Oktober ini. – 16 Oktober, 2015.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.