Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TONY PUAKA TERKEDU DIMAKI AHLI PKR!!!

SEMUT HITAM
TONY PUAKA TERKEDU DIMAKI AHLI PKR!!!
Tony Pua yang melakukan satu kunjungan di bazar di Sungai Way melahirkan rasa kesal dengan tindakan peniaga India yang melemparkan kata-kata kesat kepadanya baru - baru ini. 

Malah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga turut terkejut dengan kelakuan samseng yang dipamerkan oleh peniaga dikawasan berkenaan ekoran diarahkan berpindah ke tapak yang baharu.

Tambah memalukan ialah apabila menurut Tony Pua, peniaga - peniaga India yang berkelakuan samseng disekitar kawasan tersebut telah dikenal pasti dan merupakan ahli PKR. 

Oleh itu, beliau akan membuat aduan kepada PKR untuk mengambil tindakan tegas kepada peniaga India yang merupakan ahli PKR ini dan beliau yakin PKR akan mengambil tindakan terhadap aduannya itu.

Pua berkata, tindakan peniaga di situ sememang kurang ajar dan beliau berharap aduan beliau kepada PKR itu akan diambil serius memandangkan peniaga disitu rata-ratanya ahli PKR.
"Sesetengah daripada mereka adalah ahli PKR... Saya akan menulis surat aduan kepada menteri besar," kata Pua.
Pua dalam masa sama menjelaskan keputusan untuk memindah tapak bazar lama ke tapak baharu dibuat berdasarkan kepada aduan mengenai kesesakan lalu lintas dikawasan tersebut.

Selepas digertak oleh peniaga - peniaga bazar disitu, Pua tetap menegaskan bahawa keputusan untuk memindahkan bazar tersebut kekal dan ia perlu dipindahkan dengan segera.

Sememangnya, jika selama hari ini, pemimpin DAP sering kali menuding jari dan menyalahkan parti lain apabila sesuatu isu yang dibangkitkan itu tidak dapat diselesaikan oleh mereka. 

Kali ini, DAP menuding jari kepada PKR dengan mengatakan peniaga bazar di Sungai Way yang bertindak gangster itu merupakan ahli PKR dan beliau mahu PKR menyelesaikan perkara tersebut.

Sungguh mudah menjadi pemimpin DAP kan... dahulu Pas sering menjadi mangsa DAP apabila DAP tidak dapat menyelesaikan satu masalah. Kini DAP mula menjadi PKR sebagai mangsa baharu mereka dalam insiden peniaga India diarahkan untuk berpindah. - (Sumber Asal: UtaraNews)

PS: Yang ajar puak - puak tu jadi BIADAP pun bukan orang lain. Sebaliknya diorang sendiri jugak!!! Jadi, memang patut la dia kena maki macam tu!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.