CELAH GELEGAR
(KITA SAMA-SAMA INDON)Jerebu: Malaysia Tidak Akan Beri Tekanan Kepada Indonesia - TPM
KUALA LUMPUR: Malaysia tidak akan memberi tekanan kepada Indonesia berhubung keadaan jerebu yang semakin buruk berikutan negara jiran itu menunjukkan komitmen dalam menangani masalah tersebut, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, adalah tidak adil untuk mempersalahkan Indonesia berhubung isu berkenaan kerana para pemimpin negara itu telah pun meminta bantuan dari negara-negara jiran untuk menangani pembakaran di Sumatera.
"Adalah tidak adil bagi kita untuk menyalahkan Indonesia. Sebaliknya kita mesti membantu mereka bagi menangani masalah ini yang merupakan masalah rentas sempadan," katanya pada sidang media sempena Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya di sini, Khamis.
Ahmad Zahid berkata, beliau secara peribadi telah memberikan pandangannya mengenai bagaimana untuk menangani masalah pembakaran itu kepada pemimpin Indonesia.
Keadaan jerebu yang mengakibatkan kualiti udara sehingga mencapai paras tidak sihat di Semenanjung disebabkan oleh pembakaran terbuka ladang kepala sawit di Indonesia.
0 comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.