Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KULI NAFI TERLIBAT KONSPIRASI GULINGKAN PM!!!

SEMUT HITAM
KULI NAFI TERLIBAT KONSPIRASI GULINGKAN PM!!!
Jika awal pagi semalam, kita dah dedahkan analisis yang telah dibuat mengenai Usul Undi Tidak Percaya yang dibawa oleh puak - puak PKR tu terhadap YAB Perdana Menteri ke sidang Parlimen.

Bahkan kita juga telah didedahkan mengenai spekulasi yang tersebuar, mendakwa kononnya ada 5 orang Ahli Parlimen dari kalangan wakil Barisan Nasional bersetuju dengan Usul tersebut.


Biarpun sumber spekulasi tersebut sebelum ini tidak menyatakan anggota kelima dari kalangan Ahli Parlimen BN tu, ramai yang menyebut - nyebut nama Tengku Razaleigh Hamzah.

Ianya ekoran tindakan Ahli Parlimen Gua Musang itu dilihat turut serta hadir dalam sidang media yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir baru - baru ini yang menyerang kepimpinan Najib Razak.

Namun, spekulasi itu telah dinafikan oleh Ku Li dalam satu kenyataan yang disiarkan semalam berhubung khabar angin yang sedang disebarkan, terutama didalam laman media sosial.

Dalam kenyataan tersebut, Ku Li menegaskan bahawa beliau hanya sekadar mahu mendengar apa yang akan diperkatakan oleh Ahli - Ahli Parlimen lain mengenai usul tersebut.

Selain itu, beliau juga turut menegaskan bahawa Usul yang telah dibawa oleh puak - puak PKR tu diyakini tidak akan berjaya. Bagi beliau, banyak lagi agenda lain yang perlu diberikan perhatian.
“Saya tidak tahu mengenai pelan terbabit. Saya tidak rasa usul tersebut diluluskan tetapi ia tidak penting bagi saya kerana saya ada benda lain yang nak difikirkan, seperti Bajet,” katanya.
Secara kesimpulannya, rata - rata mereka yang didakwa terlibat dalam konspirasi untuk menggulingkan YAB Perdana Menteri tu sudah pasti akan menafikannya. Dan apa yang pasti, tindakan puak - puak PKR tu membawa usul tersebut hanya sekadar menghabiskan masa je!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.