Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

[RASIONAL NAJIB TAK RASIONAL] Pensyarah UKM: Naik tol untuk BR1M tidak wajar

CELAH GELEGAR
[RASIONAL NAJIB TAK RASIONAL] Pensyarah UKM: Naik tol untuk BR1M tidak wajar

BANGI, Isnin – Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memaklumkan berkenaan rasional kenaikan kadar tol semata-mata ingin memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah sebagai tidak wajar.

Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata kenyataan itu secara tidak langsung mengundang persepsi buruk rakyat kepada kerajaan.

“Kenaikan tol menjadi beban kepada rakyat manakala pemberian BR1M sedikit sebanyak membantu rakyat, tetapi kenaikan tol semata-mata mahu memberi bantuan BR1M bukanlah perkara yang wajar.

“Kenyataan beliau (Najib) secara tidak langsung memberi persepsi buruk rakyat kepadanya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.

Mengulas lanjut beliau berkata, banyak lagi sumber pendapatan negara yang boleh digunakan untuk diberi bantuan kepada rakyat seperti kutipan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Apabila Najib memaklumkan sebab rasional kenaikan tol itu, membuatkan rakyat tidak akan menyokongnya dari segi semangat sebagai rakyat di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Najib semalam yang mempertahankan kenaikan kadar tol dan menyifatkan jika ia tidak dinaikkan maka kerajaan terpaksa mengurangkan peruntukan lain termasuk BR1M.

“Kita terpaksa meningkatkan kos. Kita tiada pilihan. Jikalau tidak naik, pampasan perlu dibayar. Perjanjian tol ditandatangani 20 tahun lalu di mana jika tiada kenaikan kadar tol, kita perlu membayar pampasan. Jadi apabila kita membayar pampasan, peruntukan untuk perkara lain juga berkurangan. Kurang duit untuk BR1M,” kata Najib semalam. -ismaweb

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.