Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAK LAMPIR "DALANG" DISEBALIK USAHA MENJATUHKAN AZMIN???

SEMUT HITAM
MAK LAMPIR "DALANG" DISEBALIK USAHA MENJATUHKAN AZMIN???
Jika semalam kita dah baca kenyataan yang dikeluarkan melalui blog pembangkang mempertikaikan tindakan Azmin tu merancang untuk membina 3 buah lebuhraya di Selangor.

Menurut laporan blog tersebut, Si Azmin ni dilihat terlalu 'Power' sehinggakan Presiden parti pun tak mampu nak panggil dia dalam mesyuarat parti untuk memberikan penjelasan terperinci.


Semalam, sekumpulan penduduk Selangor pulak tampil menentang pembinaan Lebuh Raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (Suke) yang telah dicadangkan oleh pihak Rejim Pakatan Selangor tu.

Mereka turut memberikan tempoh masa selama tujuh hari kepada Si Mak Lampir selaku wakil Rejim Pakatan Selangor untuk memberikan jawapan kepada memorandum yang disampaikan.

Pengerusi kumpulan 'Katakan Tidak kepada Suke' itu berkata, mereka mahu arahan berhenti kerja dikeluarkan kerana para penduduk tidak diberikan penjelasan yang mencukupi.

Kumpulan itu juga menuntut supaya Rejim Pakatan Selangor memberikan senarai dokumen yang berkaitan bagi membolehkan penduduk setempat mendapat maklumat dengan lebih mendalam.
“Penduduk memberikan tempoh masa selama tujuh hari kepada kerajaan negeri Selangor untuk memberikan jawapan kepada memorandum itu kerana projek itu telah berada pada tahap kritikal, di mana Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dilaksanakan.
“Ini bermakna rumah individu yang telah dikenal pasti terlibat dengan pengambilan itu dan penjajaran projek itu telah dimuktamadkan,” katanya dalam kenyataan akhbar.
Persoalannya, adakah ini sebahagian daripada serangan terkini yang dilakukan oleh puak - puak PKR yang tidak berpuas hati dengan Si Azmin tu selaku Menteri Besar Selangor pada ketika ini?

Jika dilihat dari satu sudut, bantahan yang dibuat itu seolah - olah seperti sudah dirancang demi untuk memberikan imej buruk dikalangan rakyat terhadap Si Azmin tu selaku Menteri Besar.

Siapa tau. Mungkin Si Mak Lampir tu sendiri yang mengarahkan kumpulan tersebut membuat bantahan dan menghantar memorandum kepada Rejim Pakatan yang dipimpin oleh Azmin.

Tindakan sedemikian tak mustahil sekiranya ia dilakukan oleh puak - puak PKR tu sebab diorang memang suka "Main Belakang" walaupun sesama sendiri!!! Sedangkan Si Azmin tu pun pernah buat perkara yang sama untuk rampas kerusi MB dari Presiden parti!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.