Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MAT SABU GELAK BESAR, PAS SABAH BUNGKUS!!!

SEMUT HITAM
MAT SABU GELAK BESAR, PAS SABAH BUNGKUS!!!
Nampak gayanya, bilangan puak - puak Pengkhianat Amanah Negara yang diketuai oleh Si Mat Sabu tu sekarang ni semakin bertambah ramai. Masing - masing ghairah meninggalkan parti.

Dari laporan yang disiarkan melalui laman portal Free Malaysia today, seramai 40 orang pemimpin dan anggota Pas di Sabah keluar dari parti itu dan menyertai parti pimpinan Si Mat Sabu tu.

Katanya, peralihan parti itu diketuai oleh bekas Pesuruhjaya PAS Sabah dan pengasas awal parti itu di Sabah, Hamzah Abdullah yang kini telah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Sabah.

Borang keanggotaan menyertai parti Pengkhianat itu telah diserahkan oleh mereka kepada Naib Presiden parti, Hasanuddin Mohd Yunus di Sandakan pada hari Isnin, lapor laman portal tersebut.
Antara anggota Pas yang menyertai Amanah ialah bekas Naib Ketua Pemuda Pas Negeri, Harris Alimuddin dan Ketua Penerangan Pas Semporna, Mohd Shaman Palah,” kata Hamzah, lapor Bernama.
Katanya, mereka merupakan antara 40 orang kumpulan awal dari Sabah yang menyertai Amanah. Pada peringkat awal, enam cawangan Amanah telah ditubuhkan di kawasan Batu Sapi.

Khabar angin dikalangan jemaah PAS, mereka yang bertindak keluar dari parti itu adalah dari kalangan yang kecewa kerana tidak diberikan perhatian dan sering dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti. Pokok pangkalnya, habuan tu jugak la yang diorang cari!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.