Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yahaya Ismail "MENASIHATKAN" Zahid Hamidi yang Banyak berkata-kata

CELAH GELEGAR
Yahaya Ismail "MENASIHATKAN" Zahid Hamidi yang Banyak berkata-kata

Berikut adalah tulisan Yahaya Ismail di facebook beliau:

ZAHID HAMIDI BANYAK BERKATA-KATA
KERIS PONOROGO MAKAN TUAN.


Sejak disintuklimau oleh Najib menggantikan TS Muhyiddin Zahid seperti merak di kayangan. Lagak lebih, banyak berkata-kata tetapi tidak memperlihatkan kewibawaan dan kebijaksanaannya dalam politik. Nampaknya keris Jawa Ponorogo sudah menikam tuannya sendiri! Memang dia bernafsu besar untuk menjadi pemimpin negara sekiranya tali hayat Najib semakin rapuh dan jatuh sendiri seperti buasir tua. Malangnya integriti dan kebijaksanaan Zahid untuk memimpin negara dipertikaikan rakyat.

Banyak orang menyoal bagaimanakah Zahid yang pernah memukul kekasih anak perempuannya hingga patah hidung layak menjadi menteri? Bukankah dia yang menulis surat kepada FBI di Amerika membela nasib tauke judi Cina Malaysia yang menurut Zahid banyak membantu dari segi keselamatan negara Malaysia? Umum tahu jerebu yang berpanjangan ini datang dari Indonesia. Bagaimanakah Zahid boleh berpihak pada Indonesia dalam isu ini? Apakah kerana dia keturunan Jawa Ponorogo dan anaknya menikah dengan orang Indonesia maka dia sudah menjadi " raja Jawa"? Bukankah dia juga mempunyai kepentingan dalam projek urusan PATI Indonesia yang dikendalikan oleh adiknya sendiri? Bukankah ini memperlihatkan conflict of interest dimana Jabatan Imigresen dibawah kementeriannya? Mengapa SPRM tidak membuat siasatan mengeai conflcit of interest ini?

Bukankah Zahid yang menjadi balaci Anwar Ibrahim di masa lampau hendak mengemukakan usul tidak percaya terhadap PM Dr Mahathir dalam perhimpunan UMNO? Hari ini dia menjadi pembela Najib pula kerana dia pernah menjadi setiausaha politik Najib sewaktu di Kem. Pertahanan dulu, dan kini Najib memberi jawatan TPM yang membuat Zahid khayal seperti ayam kena tungau. Dari tindak-tanduk dan berbagai kenyataannya yang tidak bijaksana Zahid tidak wajar menjadi TPM apalagi bermimpi menjadi PM. Memang Najib yang dibebani bala 1MDB dan lain-lain skandal perlu penyokong-penyokong yang boleh makan dedak atau sebagai menteri kabinet kuda kepang dan kuda kayu.

Najib dan Zahid, juga kabinet kuda kepang dan kuda kayu jangan menganggap rakyat bodoh dan boleh terima segala hujah yang bodoh dari berbagai penyokong Najib. Skandal 1MDB itu sudah menjadi pderhatian berbagai kerajaan yang terlibat - Swiszerland, Peranchis, England, US dan Hiong Kong serta Singapura. Media dunia sudah membuat berbagai laporan negatif terhadap Najib dan kerajaan Malaysia.

TS Muhyiddn. Shafie Apdal tidak mahu bersekongkong dengan kabinet kuda kepang dan kuda kayu dalam isu 1MDB. UMNO juga bergolak dari dalam walaupun sebahagian ketua bahagian disogok untuk jadi kaldai politik Najib. Kini 13 orang pejuang UMNO dari N Sembilan telah menyatakan pendirian mereka yang berani dan tegas - Najib mesti letak jawatan. Lebih ramai keta-ketua cawangan yang tidak makan dedak akan tampil nanti untuk menolak Najib seperti mana yang dilakukan oleh 13 pahlawan UMpNO tersebut. Ahli-ahli UMNO yang berpandangan jauh, tidak korup, berjiwa nasionalis, berpegang teguh pada perlembagaan UMNO tetap mahu UMNO terus berkuasa selepas PRU 14, dan Najib dengan kabilah kabinet kuda kepang dan kuda kayu mesti disingkirkan dengan segera. Mereka mahu UMNO terus berkuasa dan Najib dengan kabilahnya mesti meletakkan jawatan.

Sumber:  Yahaya Ismail

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.