Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MUHYIDDIN BOLEH BUAT APA YANG DIA SUKA - KU LI

SEMUT HITAM
MUHYIDDIN BOLEH BUAT APA YANG DIA SUKA - KU LI
"Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas untuk buat atau bercakap apa sahaja tentang UMNO memandangkan beliau masih memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO."

Demikian pendapat yang diberikan oleh bekas Menteri Kabinet, Tengku Razaleigh Hamzah ketika diminta mengulas mengenai tindakan Muhyiddin yang lantang mengkritik Perdana Menteri.

Muhyiddin yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini menggesa mana-mana pimpinan UMNO untuk tampil menolak Najib sekiranya tidak bersetuju dengan kepimpinan Perdana Menteri itu.
"Beliau (Muhyiddin) bebas untuk buat apa sahaja yang beliau suka dan apa sahaja yang beliau fikir. Terpulang kepada orang lain untuk mempertimbang sama ada apa yang dilakukan itu betul atau salah."Beliau sebagai timbalan presiden parti lebih tahu apa yang beliau katakan," katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, di Parlimen, di sini, hari ini.
Ahli Parlimen Gua Musang itu juga turut menegaskan dengan berkata, Muhyiddin berhak menyatakan pandangannya di atas dasar demokrasi yang telah menjadi amalan di negara ini.
"Saya rasa beliau berhak bercakap tentang apa saja. Kita kan hidup dalam masyarakat majmuk dan terbuka."Masalah (zaman sekarang) adalah, kita sangat terhubung dengan dunia. Apa sahaja yang kita sampaikan boleh jadi viral dalam masa yang singkat," katanya.
Sebelum ini, timbul desas desus mengatakan bahawa ada pihak yang berusaha untuk menyekat Tan Sri Muhyiddin merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Disember ini.

Khabar angin berkaitan dengan isu itu timbul selepas Tan Sri Muhyiddin merangkap Timbalan Presiden UMNO muncul dalam satu program bual bicara yang telah diadakan di Johor baru - baru ini.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.