Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muhyiddin sanggup hilang jawatan demi Perjuangan Mempertahankan UMNO

CELAH GELEGAR
Muhyiddin sanggup hilang jawatan demi Perjuangan Mempertahankan UMNO

JOHOR BAHRU – Kemunculan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Bicara Minda Sinar Harian pada Sabtu lalu memberikan isyarat jelas bahawa beliau semakin ‘nekad’ untuk menyerang dan mengkritik bosnya kerana mahu menyelamatkan parti itu sebelum PRU14 akan datang.

Walaupun teguran itu boleh mengakibatkan beliau terlucut keahlian dalam Umno, namun Ahli Parlimen Pagoh itu tidak mengendahkan semua ‘ugutan’ itu dan terus mempertahankan tindakan di sebalik kelemahan Datuk Seri Najib Tun Razak mentadbir negara.

Ketidakpedulian Najib terhadap teguran Muhyiddin sebelum tersingkir dari Kabinet pada Julai lalu ‘memaksa’ beliau membongkar siapa individu yang menaikkan Ahli Parlimen Pekan itu sebagai Presiden Umno, sebelum boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.

Muhyiddin seolah-olah mahu Najib ‘sedar’ bahawa jika beliau tidak berperanan dalam peralihan kuasa daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, anak Tun Abdul Razak Hussein itu tidak mungkin boleh duduk di puncak kuasa pada hari ini.

Beliau yang terkenal dengan gerakan pembaharuan dalam Umno baharu ketika menggalas jawatan Menteri Besar Johor sejak 1986 tidak mudah disogok, malah terus lantang menegur Najib khususnya isu penyaluran derma RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadi milik Presiden Umno itu.

Tidak kurang juga sindiran sinis Muhyiddin terhadap tindakan Najib yang membuat keputusan melibatkan dana RM42 bilion dalam 1MDB tanpa “berkongsi” butiran pelaburan yang kini menjadi tenat dan liabiliti kepada Umno dan BN.

Kebimbangan Muhyiddin terhadap kerosakan parti Melayu itu akibat amalan songsang seperti rasuah dan salah guna kuasa perlu dipulihkan dengan meremajakan semula Umno menerusi pemilihan semula pucuk pimpinan parti itu, namun idea itu ditolak mentah-mentah Majlis Tertinggi Umno sejurus pendedahan Wall Street Journal (WSJ) itu.

Sebagai pemimpin Umno yang berpengalaman menerajui pentadbiran negeri dan Persekutuan hampir 35 tahun itu, beliau melihat campur tangan politik dalam siasatan 1MDB dan derma RM2.6 bilion amat mengecewakannya, lebih-lebih lagi pihak berkuasa seperti SPRM, Bank Negara Malaysia dan PDRM diganggu pihak tertentu termasuk tindakan memecat, memindahkan dan ‘mencutikan’ penjawat awam itu.

Nyata kemunculan Muhyiddin di khalayak awam itu buat kali pertama di luar program Umno membuktikan beliau tidak gentar untuk ‘kehilangan’ jawatan politiknya sekarang dan jauh sekali imbuhan lumayan yang menjadi amalan parti Melayu itu.

Dengan kelebihan didikan agama sejak zaman persekolahan lagi, ternyata beliau tidak meminggirkan al-Quran dan as-Sunnah untuk memulihkan imej Umno di mata rakyat kerana tidak mahu parti perikatan itu hilang kuasa jika peremajaan itu tidak dilakukan segera.
– Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.