Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NIK ABDUH AJAK AHLI BELAJAR MENEMBAK PULAK!!!

SEMUT HITAM
NIK ABDUH AJAK AHLI BELAJAR MENEMBAK PULAK!!!
Selain menghadiri program ceramah dan tarbiah, aktiviti bersukan juga diakui berupaya membentuk akhlak dan disiplin yang tinggi dikalangan ahli - ahli jemaah, terutama golongan muda.

Sehubungan itu Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat berkata, pihaknya mengambil inisiatif untuk mendekati sukan menembak dalam usaha membentuk keperibadian yang hebat di kalangan golongan muda.
"Antara sunnah Nabi SAW ialah belajar memanah. Satu jenis senjata pada zaman itu. Mempelajarinya bukan sahaja untuk berperang mendepani musuh pada zaman tersebut tetapi ia sangat membantu pembentukan peribadi yang hebat dan berkeyakinan."Dewan Pemuda PAS menganjurkan aktiviti latihan menembak adalah untuk mengambil sunah yang serupa agar peribadi anak-anak muda masa kini hebat dan berkeyakinan tinggi terhadap anugerah Allah terhadap diri sendiri,” katanya kepada mStar Online pada Sabtu malam.
Beliau ditemui selepas selesai membedik 25 butir peluru hidup di sebuah pusat latihan di sini. Turut sama menyertai sesi menemba itu ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hasan dan Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ir Khairil Nizam Khirudin.

Menyentuh mengenai sukan berkenaan, Nik Mohamad Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, aktiviti menembak berupaya meningkatkan daya fokus seseorang individu itu.
"Aktiviti begini sangat bermanafaat. Ia juga satu riadah yang sangat positif dan pada masa sama memberi ilmu pengetahuan mengenai kepenggunaan senjata api dengan cara yang betul dan selamat. "Lebih menarik ia meningkatkan upaya fokus individu dan memberi motivasi melalui disiplin yang tinggi. Sangat bagus untuk membentuk peribadi yang hebat dan bersemangat,” katanya.
PS: Senang nak membidik puak - puak DAPigs dan puak - puak Pengkhianat tu kot...

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.