Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NURUL IZZAH KELIRU DAN MENGELIRUKAN!!!

SEMUT HITAM
NURUL IZZAH KELIRU DAN MENGELIRUKAN!!!
Aduhai!!! Apa la nak jadi dengan anak kepada Si Ketua Penipu ni ek. Tak cukup lagi ke dia selama hari ini hidup dalam kekeliruan sampai tahap dia nak mengelirukan orang lain pulak?

Entah kenapa Si Nurul Izzah tu tiba - tiba hari ini meroyan tak tentu arah dan memberikan peringatan kepada pihak Kerajaan agar tidak mengambil tindakan melulu mengenai isu TPPA.

Dalam kenyataan yang dibuat hari ini, Si Nurul Izzah tu mendakwa Kabinet Kerajaan Malaysia tidak boleh diberikan kepercayaan untuk membuat keputusan berhubung isu TPPA tu.

Nurul Izzah juga mendakwa, hak untuk membuat keputusan itu mesti diberi kepada Ahli-Ahli Parlimen yang terdiri daripada parti pembangkang walaupun ia tidak termaktub dalam Perlembagaan.
“Kabinet tidak boleh dipercayai bulat-bulat dengan tanggung jawab ini yang akan memberikan kesan kepada masa depan rakyat Malaysia,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Apa masalah pulak dengan Si Nurul Izzah ni? Bengap sangat ke Si Nurul Izzah tu sampai dia tak boleh membaca kenyataan yang telah dibuat oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa 6 hari lepas?

Bukan ke Tok Pa dah menegaskan bahawa perjanjian mengenai isu TPPA tu tetap akan dibentang dan dibincangkan didalam Parlimen sebelum sebarang tindakan selanjutnya diambil?
PUTRAJAYA: Malaysia perlu mendapatkan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Bercakap pada satu sidang media mengenai TPPA di sini, hari ini, beliau menegaskan biarpun rundingan bagi Pakatan Trans-Pasifik (TPP) telah dimuktamadkan, namun Malaysia sebaliknya masih belum menandatangani perjanjian berkenaan. Malah, katanya, dokumen teks TPP itu hanya dijangka siap pada akhir bulan ini. 

"(Dokumen) TPP itu perlu dibentangkan dan dibahaskan terlebih dulu untuk diluluskan. Ini adalah proses lazim di semua negara terbabit," katanya.
Nah! Nampak sangat la yang Si Nurul Izzah tu sengaja je keluarkan kenyataan sedemikian untuk memburukkan pihak Kerajaan dan cuba nak mengelirukan rakyat berhubung isu tersebut.

Kot ye pun Si Nurul Izzah tu dah jadi bengap sejak bergelar Mak Janda ni, tapi tolong la. Jangan tunjuk sangat bengap tu kepada rakyat secara umum. Simpan bengap tu untuk hari tua esok kalau tak nak kemaluan sendiri terdedah dikhalayak ramai!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.