Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PAN DAKWA, BANYAK LAGI "TAIK" DALAM PAS!!!

SEMUT HITAM
PAN DAKWA, BANYAK LAGI "TAIK" DALAM PAS!!!
Parti serpihan Pas, Amanah yang baru ditubuhkan mendakwa lebih ramai pemimpin termasuk ahli parti Islam itu mahu menyertai Amanah dan hanya menunggu masa sesuai untuk keluar dari parti Islam itu.

Menurut Pengerusi Amanah Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh, masih ramai pemimpin dah ahli dalam Pas mahu menyertai Amanah dan menyifatkan perkara itu seumpama buah 'harum manis'.

Ismail yang menjelaskan mengapa beliau mengibaratkan perkara itu sebagai 'harum manis' memberitahu, walaupun dari segi luaran mereka ini merupakan ahli hijau (Pas) tetapi dalam hati ialah ahli oren (Amanah).

Ismail berkata, mereka ini telah menunjukkan minat untuk menyertai Amanah, tetapi masih menunggu masa yang sesuai kerana mereka ini ditakutkan oleh pemimpin tertinggi Pas.
"Ibarat buah mempelam yang harum manis, kulit luarnya hijau, isinya oren. Inilah istilah tepat yang ditujukan kepada kumpulan ini. Walaupun masih bergelar ahli Pas, mereka secara senyap menyokong Amanah tetapi belum bersedia meninggalkan Pas."Pas cuba menakutkan-nakutkan ahlinya dengan ancaman kafir jika keluar parti, selain kenyataan yang menyebabkan ahlinya keliru atau terikat untuk berhijrah. Merek yang bercadang untuk berhijrah, akhirnya terpaksa tunggu dan lihat bagi tempoh tertentu, agar suasana lebih harmoni."Golongan muda antara paling ramai menunjukkan minat. Kemungkinan wakil rakyat pun ada tunjuk kecenderungan. Mereka akan sertai Amanah dalam masa terdekat , tunggu masa sesuai. Malah, sudah ada yang berani sertai program secara terang-terangan," kata Ismail. - lapor UtaraNews
Dalam erti kata lainnya, puak - puak Pengkhianat tu mendakwa bahawa dalam PAS ketika ini masih banyak "Taik" yang perlu dicuci dan dibersihkan. Elok dicuci awal - awal sebelum parti tu jadi bertambah busuk!!!

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.