Hi quest ,  welcome  |  sign in  |  registered now  |  need help ?

Video of the day

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

“Kalau Nak Haramkan Vape, Kena Haramkan Rokok Juga” – Dr Hilmi, Timbalan Menteri Kesihatan

CELAH GELEGAR
“Kalau Nak Haramkan Vape, Kena Haramkan Rokok Juga” – Dr Hilmi, Timbalan Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR: Isu pengharaman bagi penggunaan rokok elektronik (vape) terus hangat diperkatakan walaupun perkara itu masih di peringkat kajian.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, ketika ini kerajaan sedang berbincang untuk mewujudkan undang-undang baharu melibatkan tembakau, rokok elektronik dan shisha.
“Kita akan wujudkan undang-undang baharu, ia masih belum diputuskan sama ada untuk mengawal atau mengharamkan sepenuhnya, masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.
“Sebab kalau kita nak haramkan vape, kita juga kena haramkan rokok, sebab vape juga mengandungi nikotin, sebab kalau tak ada nikotin, tak ‘kick’ vape tu, jadi kena ada nikotin. Jadi, kalau kita haramkan vape, apa pula tindakan untuk tembakau? Itu isunya di sini,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.
Pada Rabu dilaporkan kerajaan sedang berbincang dan mengambil langkah dari segi perundangan untuk mengharamkan vape yang menjadi kaedah alternatif untuk perokok tegar berhenti merokok.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan vape akan diharamkan sepenuhnya.
“Sekarang kami sedang mengadakan perbincangan melibatkan isu ini. Sebab sekarang undang-undang berkaitan tembakau tertakluk di bawah Akta Makanan 1993, itu tidak cukup kuat sebab ia tak melibatkan vape dan shisha.
“Kita akan kaji betul-betul perkara ini dan kita akan keluar dengan keputusan nanti,” katanya.
Ditanya sama ada terdapat larangan untuk penjualan vape selagi tiada undang-undang, Dr Hilmi berkata: “Tiada, setakat ini belum lagi.”
Dr Hilmi sebelum ini berkata, vape gagal menghentikan perokok tegar daripada menghentikan tabiat buruk mereka itu.
Jelasnya, kebanyakan mereka yang berhasrat berhenti merokok pada mulanya berjaya meninggalkan tabiat itu dengan menggunakan vape tetapi berakhir dengan menghisap kedua-duanya, rokok dan vape.
-mstar

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.